mk-logo
From Our Readers
Isu Hindraf: Ucapan Zam amat tidak sesuai

Tidak boleh dinafikan bahawa tindak-tanduk Hindraf telah mengakibatkan keadaan menjadi tegang dan semakin ramai di kalangan kaum Cina dan India yang terpengaruh dengan fakta-fakta yang disampaikan dan menyokong mereka.

Apa yang perlu pemimpin kita lakukan sekarang bukanlah dengan mengapi-apikan keadaan yang sudah tegang. Ucapan Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin amatlah tidak sesuai pada peringkat ini.

Cuba fikirkan tentang latarbelakang pemimpin ini. Siapakah beliau? Apakah beliau layak menyebut tentang mempertahankan kedudukan orang Melayu? Jawapannya tidak!

Merbahaya sekiranya rakyat terpedaya dengan ucapan yang dibuat oleh pemimpin sebegini. Orang Melayu mungkin dihantui pemikiran membalas dendam atas apa yang dilakukan oleh Hindraf manakala orang India pula semakin benci kepada Umno, Barisan Nasional dan kerajaan.

Golongan anak Melayu berpendidikan tinggi dan berfikir waras tidak mahu keadaan tegang ini berterusan. Melobi di peringkat antarabangsa hanyalah mendatangkan kesan-kesan negatif kepada pembangunan negara.

Gambaran ketidakstabilan politik akan menyebabkan pelabur asing menjauhi negara ini. Seterusnya, wujud masalah pengangguran dan bertambah buruk lagi dengan masalah sosial seperti kecurian, rompakan dan sebagainya apabila golongan miskin kehilangan periuk nasi mereka.

Apakah pemimpin kita mahu keadaan sedemikian berlaku? Kita mahukan kepemimpinan Umno yang bijaksana dan berwibawa dalam menandingi soal-soal perkauman.

Strategi-strategi yang lebih berproduktif sekarang ialah:

1. Menghentikan segala tindak-tanduk yang mengapi-apikan keadaan.

2. Mempereratkan lagi perpaduan antara kaum melalui pelbagai aktiviti amal.

3. “Mendinginkan api” dengan pemberian kebajikan, seperti meluluskan pembinaan sekolah rendah Tamil dan Cina, dan membuat paparan meluas tentang berita-berita positif.

Read more from this author :
Read more like this :
ADS
Most Read
Most Commented
Most Recent
ADS