Most Read
Most Commented
Read more like this

Penegasan yang lebih harus diberikan kepada pembukaan kelas bahasa Inggeris yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan mahasiswa sememangnya tidak kukuh dan munasabah sebagai alasan untuk memberhentikan program bahasa Mandarin.

Sebagai AJK kelas bahasa Mandarin, kami berasa amat dukacita terhadap keputusan yang dibuat oleh pihak Universiti untuk membatalkan program yang bermakna ini. Mengapakah penggalakan penggunaan bahasa Inggeris ini harus disudahi dengan pembatalan kelas bahasa Mandarin? Memandangkan alasan yang dikemukakan kurang munasabah, pihak berkenaan telah menetapkan dua syarat baru unutk menyekat aktiviti ini. Antaranya ialah:

1) Pengajar kelas bahasa Mandarin harus terdiri daripada guru bertauliah.

2) Kelas bahasa Mandarin harus mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Bahasa Moden , Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM).

AJK kelas bahasa Mandarin tidak bersetuju dengan syarat yang pertama kerana kelas bahasa Mandarin ini merupakan suatu aktiviti pelajar yang bersifat akademik tetapi bukannya suatu kursus pengajaran bahasa Mandarin yang bersistem kredit.

Daripada analisis terhadap respon para peserta program ini lebih daripada 60 peratus mengakui bahawa bahasa Mandarin yang dipelajari dapat dipraktikkan dan lebih kurang 70 peratus peserta menunjukkan minat untuk mengikuti tahap program yang seterusnya. Jelas tercatat dalam statistik ini bahawa keberkesanan kelas bahasa Mandarin ini tidak harus diragui.

Tambahan pula, tutor kelas bahasa Mandarin yang terdiri daripada mahasiswa yang berminat menjadi tutor secara sukarela. Di samping itu, perlaksanaan program ini turut mendapat pengawasan daripada dua orang penasihat yang merupakan pensyarah UTM.

Selain daripada membolehkan peserta program ini untuk menguasai Bahasa Mandarin yang asas, malah yang lebih penting lagi ialah aktiviti ini turut mewujudkan interaksi di kalangan peserta yang terdiri daripada berbilang kaum.

Dalam tempoh tiga tahun kelas bahasa Mandarin diadakan, ia telah mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan lebih daripada 500 warga UTM yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan kakitangan lain. Antara mereka yang mengikuti program ini, lebih 70 peratus adalah golongan bukan Cina. Dengan pungutan suara yang dilakukan, didapati hampir 70 peratus daripda peserta mengakui aktiviti ini dapat mencapai keberkesanan dalam mewujudkan integrasi kaum.

Berhubung dengan syarat yang kedua pula, AJK kelas bahasa Mandarin tidak membantah malah berbesar hati sekiranya pengiktirafan dapat diberikan oleh Jabatan Bahasa Moden atas jaminan pengiktirafan tersebut tetap memberi fleksibiliti kepada AJK kelas bahasa Mandarin untuk menguruskan program tersebut serta tidak membebankan para peserta yang mengikuti program ini.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS