Most Read
Most Commented
Read more like this

Dari zaman sekolah sering kedengaran,

Bagaimana kami, anak 'bumiputra' punya banyak keistimewaan,

Sampai telinga pun jadi berang

Banyak jalan pintas, banyak jambatan,

Ke menara gading, di bumi sendiri dan di bumi orang.

Sesetengah mendabik dada, punya kepandaian istimewa,

Sesetengah sedar, peluang datang kerana ada yang menatang,

Namun dah peluang, buat apa dipersoalkan?

Sesetengah pula, memang layak diberi peluang,

Tapi sayangnya, ada yang lebih suka berkhidmat di negara orang,

Kekadang lupa, tanggungjawab yang sepatutnya dibawa pulang,

Wahai anak bumiputra,

Anak segala peluang yang di'khaskan'

Sampai bila kita perlu begini?

Kita bangun dengan gah,

Kerana 'maruah' kita dicabar,

Bila hikayat Hang Tuah disanggah,

Amboi berani mereka pertikaikan,

Yang 'Melayu takkan hilang di dunia',

Tapi, kita longlai,

Bilamana 'maruah' dicabar,

Bak ada 'cop' di dahi

Yang kita ini bangsa yang sentiasa perlu disuap, ditolak dan ditadah

Tapi... Benteng ini hak kita!

Sampai bila-bila pun mesti wujud, apa kita kisah kalau kita dikira lemah,

Bukan salah kita, salah penjajah!

Kita mangsa 'Pecah dan Perintah'

Kita mangsa keadaan,

Kenapa mereka tak faham-faham?

Yang kita ini,

Bangsa yang belum kaya, belum pandai dan belum boleh berdiri atas kaki sendiri

Wahai anak bumiputra,

Adakah ini semua punya kebenaran?

Apakah kita belum kaya?

Adakah kita belum pandai?

Adakah kita semua baru dilahirkan, kaki belum kuat menampung badan?

Kini, aku duduk bersama komputer di bumi orang,

Seorang anak bumiputra (dengan sedikit darah cina) melayan perasaan

Aku tanya diri sendiri,

Apa semua ini kan kau pertahankan?

Tatkala kau pulang?

Entahlah!

Ya, semua ini ada kebenaran,

Hak sama rata ajaran tuhan,

Kalau kita faham bila kita dah berkeupayaan,

Memang patut kita fikir kemungkinan bermain bola di padang yang sama,

Bukan seperti sekarang,

Padang kering sentiasa untuk kita,

Padang lecak sentiasa untuk mereka,

Walaupun jaringan dah dekat nak sama

Tak pernah terlintas yang satu hari nanti

Tanggungjawab kita mengajak mereka main di padang kering,

Kerana kita semua orang Malaysia

Tapi, rakan bukan sebangsaku?

Katalah benteng dibebaskan,

Katalah padang lecak dikeringkan,

Adakah kita akan bersama-sama...

Bangun dan jatuh.

Sebagai rakyat negara tercinta

Bila ku melihat engkau

Dan bila kau melihat aku

Kita bukan lagi Mohamad, Ah Chong dan Muthu,

Kita bukan lagi Rani, Chin Lian dan Faezah,

Tapi sebagai satu rumpun bangsa 'Malaysia'

Semua tahu?

Di sini, aku sentiasa mendabik dada,

Dengan rakan luar negara,

Bahawa, walaupun kita bangsa 'Malaysia'

Kita punya pelbagai agama dan budaya,

Kita punya pelbagai cara,

Namun hati kita sentiasa 'satu'

Bertambah 'mutu'!

Rakyat Malaysia memang istimewa,

Semangat toleransi dan kekitaan bukan lakonan semata,

Tersemat kuat di jiwa,

Tapi itu hanya persepsi dari seorang insan muda,

Generasi KBSR 1983,

Dalam keadaan trumbang-ambing kini,

Aku bordoa semoga persepsi 'utopia' ku,

Bukan persepsi ku semata,

Tapi juga dikongsi bersama-sama

Oleh kita, engkau dan mereka...


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS