Mungkin anda akan terkejut dengan topik yang ingin saya bincangkan di sini, namun ia adalah realiti dan ia wujud buat ketika ini. Tetapi seribu kali sayang ciptaan seumpama ini dipadamkan dalam dunia automotif di Malaysia dengan kerenah birokrasi MITI, JPJ, Kementerian Perindustrian yang 'dihakmilik' oleh Rafidah Aziz untuk mengenyangkan kelompok kroninya juga diri sendiri.
Ya, memang benar harga pembuatan kereta tersebut ialah RM28,000 tetapi mengapakah Kereta Proton Juara dengan cc enjin 1.1 berharga RM51,000 berbanding dengan kapasiti 12,000 cc kereta ciptaan pengusaha, pencipta anak jati dari Seri Menanti yang dinafikan haknya untuk secara langsung diberikan hak rekacipta dan didaftarkan di JPJ? Ini kerana adanya tangan-tangan yang menghalang beliau.
Inilah contoh sifat buruk yang ada pada pemimpin Barisan Nasional (BN). Tahukah anda bahawa kereta Proton buatan Malaysia lebih mahal harganya di Malaysia dibandingkan harga kereta Proton yang dieksport ke luar negara. Inilah yang dikatakan kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kehausan. Setiap keluaran kenderaan yang bernama Proton atau Perodua mempunyai ciri kronisme.
Contohnya setiap komponen kereta yang dihasilkan akan dikenakan cukai kerajaan Malaysia. Ini adalah dasar sebenar kerajaan untuk mengaut keuntungan daripada masyarakat biasa di negara ini.
Hasilnya kereta ciptaan Malaysia berharga mahal serta kurang kualiti. Contohnya kereta model Tiara yang tidak laku di pasaran. Walau apapun model yang dihasilkan, namun hasil ciptaan jurutera Malaysia dianaktirikan semata-mata untuk mengaut keuntungan yang mudah dalam industri automatif negara.
Pada zahirnya, akhbar dan media elektronik melaporkan peningkatan dalam penjualan kereta. Apa yang nyata, ia adalah usaha bagi mengaburkan pandangan rakyat supaya menganggap ekonomi sedang naik, tapi hakikatnya adalah untuk mengikat hutang negara kepada rakyat jelata. Ini dilakukana secara halus, dengan bayaran insurans dan cukai jalan, seseorang boleh memiliki sebuah kereta Kancil walaupun rakyat tidak berupaya membayarnya. Kata orang 'biar tiada duit asal bergaya'.
Mungkin pemilik kenderaan dapat melunaskan ansuran dalam jangkamasa lima bulan, tetapi kita semua harus ingat kepada pepatah 'langit tidak selalunya cerah'. Sekiranya pembeli tidak mampu melunas hutang, rakyat marhaein inilah yang menanggung beban.
Semoga pembaca bijak membuat perbandingan dari cerita ini. Sekiranya pembaca ingin bukti, silakan ke Bandar Diraja Seri Menanti berjumpa dengan pencipta itu sendiri.
Sesungguhnya bagi saya, kebangkitan reformasi itu sendiri adalah kebangkitan minda kita semua.
