Most Read
Most Commented
Read more like this

Merujuk kepada berita tentang pengharaman dua buah persatuan pelajar, Kelab Usahawan dan Persatuan Mahasiswa Intelek di UiTM, saya dapati bahawa tindakan tersebut adalah dianggap melulu dan bersifat membodek.

Saya pernah menganggotai satu persatuan tersebut iaitu Kelab Usahawan Institut Teknologi Malaysia untuk berniaga di ITM semasa saya masih menuntut. Majoriti ahlinya adalah pelajar - pelajar dari pantai timur yang aktif berniaga kecil-kecilan seperti berniaga khidmat fotostat, alat tulis dan lain-lain lagi untuk menampung keperluan kewangan mereka semasa belajar sambil memupuk minat berniaga di kalangan pelajar.

Tindakan pengharaman persatuan pelajar ini dan pemecatan seorang pensyarah serta penukaran ramai lagi pensyarah yang propembangkang adalah satu tindakan membodek oleh naib canselornya iaitu sejak zaman Zaidee Laiden lagi.

Seorang timbalan rektor (sebelum bertaraf universiti lagi) telah dinasihatkan berhenti dan menjadi pensyarah biasa semata-mata kerana beliau merupakan bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia dan ditakuti mempunyai pengaruh terhadap pelajar untuk menyokong Saudara Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Adakah pelajar, persatuan dan kakitangan yang pro-Umno/BN juga dikenakan tindakan? Sepatutnya mereka - mereka yang proparti pemerintah (bukan kerajaan di sini) - juga perlu dikenakan tindakan yang sama, barulah dinamakan adil. Kenapa hanya dikenakan tindakan terhadap mereka yang proparti pembangkang sahaja?

UiTM pernah menghantar pelajar-pelajar mereka ke beberapa majlis yang dianjurkan oleh Umno seperti Perhimpunan bersama Perdana Menteri sewaktu sebelum pilahanraya dahulu, perhimpunan Pemuda Umno dengan Mahathir (dapat dilihat beberapa perserta memakai baju Kolej Jati semasa ditayangkan di TV) dan juga perhimpunan Barisan Bertindak Melayu dahulu (juga terdapat perserta yang memakai baju kolej UiTM semasa ditayangkan oleh TV) dan baru-baru ini seorang rakan yang menuntut di UiTM memberitahu bahawa rakan sekelasnya yang perempuan diarah pergi ke satu majlis yang diadakan oleh Puteri Umno oleh timbalan dekannya.

Adakah tindakan ini menunjukkan bahawa pihak UiTM sendiri menjerumuskan pelajar ke dalam aktiviti parti politik dan untungnya, parti politik tersebut adalah Umno.

Adakah tindakan membodek ini oleh naib canselor UiTM menguntungkan Umno dan BN? Saya rasa tidak kerana orang Umno sendiri di dalam laman web Umno-Reform mangatakan bahawa tindakan ini merugikan Umno/BN sendiri. Anda boleh baca artikel oleh Ghazali Mat Dom [#1] di sini [/#] dan oleh Tok Wan [#2] di sini [/#].

Oleh itu saya menyeru agar pihak UiTM menghentikan tindakan membodek ini dan betul-betul menjadi bebas dari pengaruh politik sama ada dari parti pembangkang seperti PAS dan Keadilan atau parti memerintah seperti Umno.

Tumpukan usaha untuk kecemerlangan UiTM dan menjaga kebajikan para pelajar serta kakitangan anda.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS