Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin pilihan utama No. 2 Umno
Diterbitkan:  Mar 12, 2009 3:13 PM
Dikemaskini: 11:12 AM

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mukhriz Mahathir calon-calon pilihan untuk mengetuai persaingan merebut dua jawatan utama Umno dalam pemilihan parti hujung bulan ini, kata satu tinjauan.

Muhyiddin mendapat 52 peratus sokongan responden untuk timbalan presiden Umno, berbanding dua lagi pencabarnya Tan Sri Muhammad Muhd Taib (7%) dan Datuk Ali Rustam (11%).

Sementara anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat 52 peratus pilihan responden bagi jawatan ketua Pemuda Umno, berbanding Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo - masing-masing 11%.

Dalam tinjauan pendapat Merdeka Center yang diumumkan hari ini, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (51%) mengatasi penyandang ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz (26%) untuk teratas pergerakan tersebut.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula masing-masing meraih 17 peratus, 13 peratus dan lapan peratus bagi naib presiden Umno.

Lima lagi calon menawarkan diri untuk berebut jawatan ketiga terpenting Umno.

Sementara exco penerangan Puteri Umno, Datuk Shahniza Shamsuddin calon pilihan untuk memimpin pergerakan itu dengan 26 peratus sokongan.

Enam calon menawarkan diri dalam persaingan merebut sayap Puteri.

Tinjauan dengan kerjasama ahli-ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu yang dijalankan antara 4 hingga 16 Februari lalu melibatkan 1,031 pengundi di Semenanjung Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, 57 peratus Melayu, 31% Cina dan selebihnya India.

Baca berita penuh

ADS