Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Karpal dijangka didakwa esok
Diterbitkan:  Mar 16, 2009 7:41 PM
Dikemaskini: 11:46 AM

Pengerusi DAP, Karpal Singh dijangka dihadapkan di mahkamah esok mengikut Akta Hasutan kerana mengancam untuk menyaman Sultan Perak ekoran krisis politik di negeri tersebut.

Ketika dihubungi petang ini, Karpal berkata, beliau telah dimaklumkan akan didakwa mengikut Akta Hasutan esok.

karpal singh 01 Menurutnya, beliau juga dimaklumkan bahawa ia adalah berkaitan dengan isu Perak.

Selepas Barisan Nasional (BN) menumbangkan Pakatan Rakyat di Perak bulan lalu, Karpal menjadi sasaran selepas beliau mengancam untuk membawa Sultan Azlan Shah ke mahkamah kerana merestui pembentukan kerajaan negeri yang baru.

Beliau dituduh menghina institusi raja-raja dan pelbagai pihak mengadakan protes mengecam pemimpin DAP itu. Tidak lama selepas itu, Karpal menerima surat ancaman bunuh bertulisan tangan dan peluru melalui pos.

Karpal sekali lagi menjadi sasaran kecaman apabila beliau menggunakan perkataan 'celaka' terhadap Pemuda Umno yang didakwanya bertanggungjawab menghantar peluru dan ancaman bunuh tersebut. Bagaimanapun polis menolak dakwaan tersebut.

Ekoran itu, sekumpulan anggota Pemuda Umno dilaporkan mengepung Karpal yang berkerusi roda, di lobi Parlimen dan menuntutnya supaya memohon maaf.

Baca berita penuh

ADS