Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khairy: Saya tidak bersalah...
Diterbitkan:  Mar 17, 2009 9:33 AM
Dikemaskini: 11:43 AM

Calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno walaupun "saya tidak bersalah"

khairy jamaluddin Dalam reaksinya, ahli Parlimen Rembau itu berkata, apa yang penting, walaupun didapati bersalah, beliau hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding.

"Saya masih boleh bertanding (jawatan ketua Pemuda Umno)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Bagaimanapun, Khairy mendakwa terdapat agenda untuk menghalangnya daripada bertanding jawatan ketua Pemuda Umno hujung bulan ini.

"Saya tahu terdapat agenda tersebut, tetapi saya tidak tahu siapa yang bertanggunggung dan mengapa mereka berbuat demikian.

"Saya tetap tidak bersalah," tambahnya.

Menurutnya, beliau telah memberi penjelasan kepada lembaga disiplin.

Bagaimanapun, katanya, beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh lembaga tersebut.

ADS