Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ali Rustam kemuka rayuan hari ini
Diterbitkan:  Mar 18, 2009 10:27 AM
Dikemaskini: 4:11 AM

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Lembaga Disiplin Umno yang melarangnya bertanding jawatan timbalan presiden minggu depan.

Beliau bagaimanapun menafikan melakukan sebarang kesalahan dan mengemukakan rayuan hari ini.

umno supreme council special meeting 260809 ali rustam "Surat rayuan itu akan diserahkan pada hari ini," katanya kepada pemberita di kediamannya Seri Bendahara di Melaka hari ini, lapor Bernama.

Sidang akhbar itu turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Asmah Abdul Rahman, pemimpin Umno Melaka serta penyokongnya.

Mohd Ali berkata sekiranya rayuannya diterima, bolehlah beliau bertanding awatan berkenaan.

Beliau berkata surat rayuan itu turut diserahkan kepada Presiden Umno atuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya mengenai perasaan beliau berhubung hukuman yang dikenakan erhadapnya, Mohd Ali berkata : "Saya telah tegaskan kepada Jawatankuasa Lembaga isiplin bahawa saya tidak bersalah tetapi jawatankuasa mendapati saya ersalah, jadi saya terima dengan hati terbuka".

Tolak ada konspirasi

Mengenai keputusan berbeza yang dihadapinya dengan calon Ketua Pemuda Umno hairy Jamaluddin walaupun kedua-dua mereka yang didapati bersalah erhubung perkara sama, Mohd Ali berkata beliau tidak perlu membanding kerana ara keputusan berbeza-beza dan sebab juga berbeza.

"Keputusan Lembaga Disiplin itu, saya terima selepas balik dari Ipoh

semalam. Saya tidak menjangkakan (hukuman) tetapi saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Ditanya sama ada terdapat konspirasi mana-mana pihak atas sabitan beliau, atanya beliau tidak berfikir begitu.

Mohd Ali turut memohon maaf kepada para penyokongnya dan meminta mereka supaya bertenang dan bersatu demi perpaduan parti.

Walaupun dilarang bertanding, beliau akan menghadiri perhimpunan agung Umno dan terus bekerja untuk kebaikan Umno.

Ketua Menteri Melaka itu dijangka menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Penyokong jumpa PM

Malam tadi, k ira-kira 150 penyokongnya menemui Abdullah setibanya dari Indonesia untuk meminta beliau mempertimbangkan keputusan melarang ketua menteri Melaka itu daripada bertanding.

Kumpulan penyokong Mohd Ali itu datang dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang.

Ketua Umno Bahagian Batu Gajah Datuk Mohd Yusoff Kassim memberitahu pemberita, dalam pertemuan hampir 20 minit itu, Abdullah berjanji akan memikirkan perkara itu dan akan menemui Mohd Ali esok.

umno disciplinary committee ali rustam supporters protest at pwtc 170309 01 Semalam, sekumpulan penyokong Mohd ALi turut mengadakan perhimpunan di ibunegara.

Lembaga Disiplin Umno semalam mendapati Mohd Ali bersalah melanggar peraturan pemilihan Umno dan dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno minggu depan.

Bagaimanapun, Mohd Ali tidak digantung keahliannya dalam Umno.

Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga.

Sogokan politik

Lembaga tersebut memutuskan bahawa Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan tiga ejennya yang didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik.

Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah ahli jawatankuasa Umno bahagian Bukit Katil.Manakala Zalina adalah naib ketua Puteri Umno bahagian yang sama.

Berikutan itu, ketiga-tiga mereka digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu.

Khairy juga didapat bersalah mengikut peraturan yang sama tetapi lembaga tersebut memutuskan kesalahan yang membabitkan ahli Parlimen Jerlun itu, tidak seberat kes yang membabitkan Mohd Ali.

Ekoran itu, Khairy hanya diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno hujung bulan ini.

Siasatan Lembaga tersebut ke atas 29 orang yang didakwa melanggar peraturan pemilihan parti, memutuskan 15 daripada mereka didapat bersalah dan dikena hukuman digantung keahlian antara satu hingga tiga tahun atau diberi amaran.

Siasatan lembaga itu juga mendapati 14 orang lagi tidak bersalah, termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo.

ADS