mk-logo
Berita
PM serah kuasa 2 April?
Diterbitkan:  Mar 20, 2009 1:59 AM
Dikemaskini: 12:28 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka menyerahkan kuasa pada 2 April - lima hari selepas perhimpunan agung Umno.

bn supreme council abdullah announcement 081008 01 Difahamkan, Abdullah akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada kabinet dalam mesyuarat mingguannya hari ini, dan beliau akan menemui Yang di-Pertuan Agong pada 3 April depan.

Manakala, bakal presiden Umno, Datuk Seri Najib pula dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang keenam pada 4 April.

Perhimpunan agung Umno yang turut menyaksi pemilihan pucuk pimpinan parti itu akan berlangsung mulai Selasa depan sehingga 28 Mac.

Najib merupakan calon tunggal bagi jawatan presiden dan secara rasmi akan memimpin Umno selepas mendapat mandat rasmi dalam pemilihan parti.

Penyerahan kuasa itu akan berlaku sebelum berlangsungnya tiga pilihanraya kecil yang dianggap sangat penting iaitu parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Air di Sarawak - kesemuanya pada 7 April.

Baca berita penuh

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini