Peletakan mengejut Mohammad Fairus Khairuddin dari jawatan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, turut mencetuskan spekulasi bahawa beliau juga turut mengosongkan kerusi DUN Penanti yang diwakilinya.

mohammad fairus penanti state seat penang 230309 Akhbar-akhbar Cina melaporkan bahawa beliau pasti akan melepaskan jawatan wakil rakyat, tetapi difahamkan PKR Pulau Pinang akan hanya membuat keputusan malam ini.

Timbalan Pengerusi PKR negeri, Tan Hock Leong mengesahkan bahawa pengerusinya, Zaharain Hashim akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan PKR negeri.

"Buat masa ini, Fairus (kiri) hanya meletak jawatan timbalan ketua menteri. Sama ada beliau juga mengosongkan kerusi DUN (Penanti), adalah urusan dalaman (parti)," katanya ketika dihubungi.

"Zaharain telah berkata bahawa beliau akan mendapatkan kebenarannya dari Fairus. Kita akan membincangkannya sebelum memutuskan sama ada hendak mengekalkannya atau minta beliau mengosongkannya," katanya.

Zaharain memberitahu Malaysiakini bahawa tiada keputusan yang akan dibuat malam ini kerana satu laporan akan hanya dibentangkan dalam mesyuarat tersebut.

Katanya, beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa Fairus telah menandatangani surat peletakan jawatan bagi DUN tersebut dan hanya menunggu masa yang sesuai yang membuat engumuman.

Baca berita penuh

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini