Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak, termasuk pihak media supaya tidak membuat penilaian awal terhadap kepimpinan sebagai perdana menteri.

Beliau menyifatkan tindakan itu tidak adil kerana belum masih belum pun dilantik secara rasmi sebagai pemimpin nombor satu negara.

Dalam sidang akhbar selepas selesai perhimpunan agung Umno, Najib turut sama ada beliau memerlukan pilihanraya mengejut bagi mendapat mandat rakyat.

"Itu budibicara yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. Tetapi pada masa ini kita harus tumpukan kepada pembinaan semula parti dan agenda ekonomi.

"Persepsi mengatakan terlalu banyak politik dalam negara sehingga lupa kepada agenda memperkasakan ekonomi," katanya.

Najib yang juga menteri Kewangan juga menolak tanggapan bahawa tuduhan skandal terhadapnya akan menjejaskan pelantikannya sebagai perdana menteri.

"Kalau hendak nilai saya, nilaikan berdasarkan tindakan saya, bukannya berdasarkan khabar angin" katanya.

Beliau juga menafikan akan mengekang ruang demokrasi di negara ini bila berkuasa kelak.

Beliau mengulas penggantungan penerbitan dua akhbar parti pembangkang - Harakah dan Suara Keadilan - selama tiga bulan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak, termasuk pasukan media tidak membuat penilaian awal terhadap kepimpinan sebagai perdana menteri.

Beliau menyifatkan tindakan itu tidak adil kerana belum masih belum pun dilantik secara rasmi sebagai pemimpin nombor satu negara.

Najib juga menolak tanggapan bahawa keputusan pilihanraya kecil di tiga kawasan - Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai merupakan referundum rakyat terhadap kepimpinnya.

"Tidak, media yang kata referundum. Pilihanraya kecil bukanlah kayu ukur yang baik," katanya.

ADS