BERITA

PM: Peralihan kuasa pasti berlaku

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Mac 2009, 8:14 pagi

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata proses peralihan kuasa jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlaku bila tiba masanya.

pak lah and najib raising the umno flag agm 2009 260309 02 "Tunggu jelah. Jangan minta saya cakap apa-apa. Semua ini akan berlaku bila tiba masanya.

"Peralihan akan berlaku," katanya selepas melancarkan projek Puncak Baru bersempena pembangunan semula tapak pasar minggu Kampung Baru di ibunegara hari ini.

Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno Sabtu lalu, perdana menteri berkata, beliau akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Khamis ini bagi memaklumkan hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri.

Berita lanjut menyusul

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.