Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Md Radzi, Jayagopal bukan lagi ahli PKR
Diterbitkan:  Apr 1, 2009 12:12 PM
Dikemaskini: 4:15 AM

PKR hari ini menjelaskan bahawa dua calon bebas yang yang bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau 7 April ini, bukan lagi ahli parti tersebut.

Menurut Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Ali, mereka adalah A Jayagopal dan Md Radzi Md Lazim.

Beliau menegaskan demikian dalam satu kenyataan hari ini mengenai kedudukan sebenar dua calon bebas tersebut, yang nama mereka dikaitkan dengan PKR.

"Md Radzi pernah memimpin bahagian Baling. Setahun dahulu, beliau dipecat dari PKR berikutan kenyataannya dalam media memburukkan parti dan mengisytiharkan dirinya keluar parti.

"Beliau kemudian cuba memohon menjadi ahli baru, akan tetapi permohonannya ditolak. Jelas beliau bukan ahli PKR," katanya.

Mengenai Jayagopal pula, Syed Hussin berkata calon itu pernah mengetuai bahagian Pokok Sena.

"Beliau telah digantung sejak tahun lalu kerana ada beberapa kes berkaitan dengannya yang sedang disiasat oleh lembaga displin parti.

"Sekarang, disebabkan beliau bertanding melawan calon rasmi PKR, maka, sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh parti tahun ini, keahliannya dalam parti dengan sendirinya ditamatkan," tegas Syed Hussin.

Ekoran itu, katanya, Jayagopal tidak ada sebarang kaitan lagi dengan PKR.

Jayagopal dan Md Radzi adalah antara 13 calon bebas yang mengemukakan kertas pencalonan pada 29 Mac lalu.

Dua lagi calon ialah S Manikumar dari PKR dan calon BN, Datuk S Ganesan.

ADS