Wawancara saya diputarbelit, kata Muhyiddin

       

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ada kemungkinan akhbar-akhbar berbahasa Cina telah memutarbelitkan wawancaranya dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu.

Sepatutnya, tegas beliau, mereka perlu membaca kandungan wawancaranya itu secara keseluruhan untuk memahami kontaks.

education minister handing over 140409 muhyiddin yassin and hishammuddin hussein "Jangan ambil satu bahagian begitu sahaja. Malangnya, ada orang yang tidak faham bahasa saya dan sengaja memutarbelitkannya untuk menaikkan kemarahan orang Cina," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, beliau telah bercakap dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai perkara itu.

"(Datuk Seri) Ong kata tidak ada apa-apa masalah berhubung kenyataan (wawancara) itu.

"Mungkin surat khabar Cina yang melaporkannya secara putarbelit. Tapi saya tidak tahu, saya tidak baca surat khabar Cina.

"Cuma ada orang beritahu saya (mengenai laporan tersebut)," katanya selepas majlis penyerahan tugas menteri pelajaran di Putrajaya pagi tadi.

Wawancara Muhyiddin itu - selepas dilantik pemimpin nombor dua negara - mendapat liputan meluas akhbar-akhbar utama berbahasa Cina hari ini yang semuanya menonjolkan wawancara tersebut dianggap negatif kepada pengundi bukan Melayu.

Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin - Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin - Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan".

Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu yang mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Semalam, jurucakap MCA, Lee Wei Kiat dilaporkan berkatla pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN.

Mengulas lanjut mengenainya, Muhyiddin berkata: "Kalau tak faham bahasa, kita boleh hantar (mereka) ke sekolah untuk membahasa bahasa (Melayu).

"Bahasa saya jelas, bila ada orang mula putarlbelit, ia akan menjadi perkara negatif terhadap saya," katanya sambil menegaskan bahawa mereka perlu membaca kandungan wawancaranya itu secara keseluruhan untuk memahami kontaks.

Muhyiddin juga berkata, analisisnya dalam wawancara tersebut hanya dibuat dalam kontaks pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan mungkin DUN Bukit Selambau.

"Tapi tempat-temnpat lain berbeza...," tambahnya.

Berita penuh menyusul

Malaysiakini
terkini untuk anda