Menteri Wilayah Persekutuan, yang didakwa mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, tidak akan meminta maaf sekali lagi kepada ahli parlimen wanita PAS itu.

raja nong chik raja zainal abidin Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata beliau telah berbuat demikian kepada Dr Lo' Lo' pada hari kejadian, kelmarin, sewaktu lawatan di pasar baru di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

"Sebagai orang Islam saya telah meminta maaf kepada beliau.

"Tetapi saya dimaklumkan Dr Lo' Lo' kata ia tidak ikhlas. Bagaimana dia tahu hati saya?" kata Raja Nong Chik ketika ditemui selepas mesyuarat badan perhubungan Umno Wilayah Persekutuan di ibu negara semalam.

Beliau, ketua bahagian Umno Lembah Pantai, dilantik sebagai timbalan ketua badan perhubungan Wilayah Persekutuan.

"Kalau mempersoalkan orang ikhlas atau tidak ikhlas, (cara) itu sudah tidak betul."

dr lolo Beliau diminta mengulas dakwaan ahli jawatankuasa PAS itu bahawa menteri berkenaan mengeluarkan kata-kata kurang sopan yang bersifat "gangguan seksual" terhadapnya.

Menurut Dr Lo' Lo', ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata kepadanya:

"Saya turun setiap tempat, takkan nak beritahu awak semua. Ini saya nak pergi tandas, takkan nak beritahu awak, awak nak ikut ke?"

Kata-kata itu didakwa dituturkan kepada Dr Lo' Lo' selepas wakil rakyat wanita itu mempersoalkan kenapa Raja Nong Chik tidak memaklumkan kepadanya tentang program lawatan di pasar baru itu - dalam kawasan parlimen Titiwangsa yang diwakilinya.

Dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam, Dr Lo' Lo' menggesa Raja Nong Chik memohon maaf secara terbuka walaupun mengakui menteri itu telah berbuat demikian secara peribadi kepadanya di tempat tersebut pada hari yang sama.

Wakil rakyat PAS itu juga mempertikaikan kenapa beliau tidak diundang di majlis tersebut walaupun pemimpin-pemimpin Umno bahagian, pegawai kanan kementerian, datuk bandar dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diundang.

Diminta mengulas dakwaan tersebut, senator itu berkata, urusan jemputan dikendalikan oleh DBKL.

"Ini lawatan mengejut, kalau ada orang hendak ikut, itu hak dia," katanya lagi.

"Tetapi dia (Dr Lo' Lo') sebagai ahli parlimen Titiwangsa dan pasar (ini) dalam parlimennya, dia boleh datang, tidak perlu dijemput."

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini