BERITA

EGM PPP lantik Murugiah presiden

Diterbitkan
Dikemaskini 24 Mei 2009, 12:15 tengahari

Kemelut yang melanda Parti Progresif Penduduk (PPP) semakin parah apabila mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu yang berlansung di di Putrajaya hari ni melantik Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator T Murugiah sebagai Presiden PPP.

Kira-kira 1,000 orang menghadiri EGM tersebut di pusat konvensyen antarabangsa Putrajaya pagi. Murugiah juga hadir.

t murugiah Murugiah telah dipecat dari parti itu oleh Presiden PPP, Datuk M Kayveas. Beliau diberi tempoh sehingga 30 Mei untuk membuat merayu.

Perjumpaan hari ini juga meluluskan resolusi tidak percaya kepada Majlis Tertinggi PPP yang memecat Murugiah dan enam orang lagi pemimpin parti itu. Satu undi tidak percaya terhadap Kayveas turut diluluskan.

Perkembangan terbaru itu dijangka memburukkan lagi krisis kepimpinan PPP sekarang.

Sumber-sumber yang rapat dengan Kayveas berkata keputusan perjumpaan di Putrajaya itu tidak sah kreana ia diadakan mengikut perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.

Ia juga, kat mereka, diadakan tanpa persetujuan kepimpinan parti itu.

Sementara itu, di Johor Bahru pula, Kayveas berkata, ketua Pemuda PPP R Ellan Govan digantung daripada jawatannya.

Kayveas mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar dalam perhimpunan agung PPP Johor.

Katanya, timbalan ketua Pemuda, Jamaludin Ghulamhan akan mengambilalih tugas-tugas Ketua Pemuda sehingga satu tarikh dimaklumkan kelak.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.