mk-logo
Berita
'Altantuya' seret Badrul ke balai
Diterbitkan:  May 29, 2009 8:10 AM
Dikemaskini: 12:57 PM

kemaskini 8.57pm Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya DUN Penanti, seorang pemimpin PKR sekali lagi terpaksa memberikan keterangan selama tiga jam kepada polis.

Badrul Hisham Shaharin - yang tiba di balai mulai jam 3.30 petang untuk siasatan berhubung kesalahan menghasut - diarah berbuat demikian susulan empat laporan polis terhadapnya.

badrul hisham shaharin altantuya police questioning 290509 01 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu berkata seorang pegawai polis Seberang Perai Utara memintanya hadir di balai tersebut semalam.

Menulis di blognya semalam, Badrul Hisham bagaimanapun mengesahkan kehadirannya hari ini kerana semalam berada di Perak dan selepas itu terus ke Kuala Lumpur.

"Namun kira kira 2.30 petang (semalam, saya) dimaklumkan sekumpulan anggota polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban," katanya.

Tambahnya, kira-kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar beliau bahawa polis berpakaian seragam datang untuk mengingatkan kepadanya agar tidak mengabaikan arah hadir.

badrul hisham shaharin altantuya police questioning 290509 02 Selasa lalu, dalam ceramahnya bagi berkempen untuk calon PKR Mansor Othman, Badrul Hisham mengulas isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan isu wanita Mongolia itu di media antarabangsa.

Awal bulan ini, beliau pernah disiasat polis setelah mengepalai sekumpulan pemuda untuk menyerahkan "kek hari jadi Altantuya" kepada Najib di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Beliau juga pernah mengugut untuk mengadakan perarakan "keranda Altantuya" dari Rembau, kawasan parlimen yang pernah ditandinginya, menjelang pilihanraya kecil Penanti tetapi membatalkannya kerana BN tidak bertanding kali ini.

Badrul Hisham merancang mengadakan perarakan tersebut, kali ini dari Pekan menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan awal bulan depan.

Baca berita penuh

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini