Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis Indonesia: Ibu Manohara tidak beri kerjasama

Ibu Manohara Odelia Pinot - Daisy Fajarina - gagal memberikan kerjasama berhubung laporannya terhadap Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, kata polis Indonesia.

manohara odelai pinot mother daisy fajarina 230409 Ketua bahagian siasatan jenayah, Abubakar Nataprawira memberitahu sebuah stesen televisyen republik itu, RCTI bahawa Daisy gagal memberikan keterangan terhadap aduannya bahawa Tengku Muhammad Fakhry telah "menghina, menipu dan melakukan perbuatan tidak menyenangkan" terhadap Manohara.

Abubakar berkata, Daisya telah dua kali dipanggil - pada 29 Mei dan semalam - tetapi gagal hadir kedua-duanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak berkuasa republik itu bersedia membantu Daisy sekiranya Manohara benar-benar didera oleh suaminya selama sembilan bulan berkahwin dengan putera Sultan Kelantan itu.

Manohara juga boleh memfailkan laporan melalui kementerian luar republik itu supaya mereka boleh bekerjasama dengan polis Malaysia bagi mennyelesaikan kes membabitkan dua negara itu, tambahnya.

Abubakar berkata, polis Indonesia perlu merakamkan kenyataan Daisy memandangkan ibu bekas model itu tidak menyatakan dengan jelas jenis penderaan yang dialamai anaknya itu.

Ahad lalu, Manohara dilaporkan "melarikan" diri daripada suaminya melalui Singapura atas pertolongan Kedutaan Indonesia di Kota Singa itu.

Dia sebelum itu mengikuti suaminya melawat Sultan Kelantan yang sedang gering dan mendapatkan rawatan di sana.

Bercakap kepada media Indonesia selepas tiba di Jakarta, Manohawa mendakwa dia didera secara fizikal, seksual dan emosi oleh suaminya.

Bagaimanapun, istana Kelantan hari ini dilaporkan menganggap perkara itu sebagai krisis peribadi antara suami dan isteri yang harus diselesaikan melalui undang-undang.

Kenyataan tersebut ditandatangani oleh pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad hari ini.

Baca berita penuh

ADS