Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
H1N1: 10 panduan kuarantin di rumah
Diterbitkan:  Jun 27, 2009 4:38 PM
Dikemaskini: 8:46 AM

10 langkah yang perlu dilakukan semasa kuarantin di rumah seperti garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.

3. Amalkan kebersihan diri:

bullet button Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

bullet button Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.

bullet button Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.

bullet button Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah

bullet button Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox - campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).

4. Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).

5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.

6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.

8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.

9. Segera hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.

10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.

Panduan ini diterbitkan sepenuhnya seperti disediakan oleh Kementerian Kesihatan di laman webnya 26 Jun 2009

ADS