mk-logo
Berita
38 kes - peningkatan besar H1N1
Diterbitkan:  Jul 1, 2009 6:40 AM
Dikemaskini: 11:09 AM

kemaskini 4.26pm Jangkitan wabak selesema A (H1N1) meningkat 38 kes lagi - rekod tertinggi peningkatan dalam masa sehari sejak kes pertama Mei lalu.

Daripada jumlah tersebut, lima kes penularan tempatan disahkan, menjadikan jumlahnya 30 kes sejak 17 Jun. Peningkatan terbaru ini menjadi jumlah keseluruhan 196 kes.

Tiga kes terbaru jangkitan tempatan melibatkan tiga pelajar Sekolah Menengah Tsun Jin, Cheras.

Satu kes lagi akibat jangkitan kes ke-147, seorang pelajar lelaki 25 tahun yang pulang dari Jakarta 22 Jun dan demam lima hari kemudian.

Seorang lagi akibat janggkitan kes ke-143, wanita Malaysia 18 tahun yang pulang dari United Kingdom pada 26 Jun dan ke jabatan kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya keesokannya.

Seramai 86 orang masih dirawat di hospital kerajaan dan menunjukkan respons yang baik, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

Mereka ditempatkan antaranya di Hospital Sungai Buloh (19 pesakit), Hospital Kuala Lumpur (42), Hospital Sibu (1), Hospital Bintulu (1), Hospital Tawau (1), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (3), Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (1) dan Hospital Melaka (1).

Sementara 2,308 lagi sedang disiasat, termasuk 151 kes masih menunggu keputusan dan 196 kes telah disahkan positif.

Dalam kenyataannya, Liow juga berkata Sekolah Menengah Tsun Jin dan Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban masih ditutup hingga Jumaat ini bagi mengekang jangkitan tempatan.

Seramai 4,668 orang murid, guru dan pekerja sekolah terlibat

dalam kuarantin di rumah.

Menurutnya lagi, mesyuarat jawatankuasa teknikal wabak tersebut

yang berlangsung hari ini mengambil keputusan berikut, antaranya:

bullet button Sebanyak lima hopsital swasta di Lembah Klang dan 29 klinik

kesihatan di seluruh negara telah dikenal pasti untuk menyediakan khidmat pengambilan sampel swab tekak bagi kes-kes yang disyaki.

bullet button Penggunaan alat ujian 'rapid test kit' untuk mengesan influenza A (H1N1) tidak dibenarkan kerana ujian tersebut tidak sensitif dan

tidak spesifik untuk mengesan jangkitan wabak itu.

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS