Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi: PAS masih sedia temui Umno
Diterbitkan:  Jul 7, 2009 2:24 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

PAS masih bersedia berbincang dengan Umno dalam hal politik dan ekonomi demi kebaikan negara, tetapi ia mahu berhati-hati sebelum berbuat demikian, lapor Bernama .

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan menimbang terlebih dahulu perkara yang akan dibincang bagi mengelak pertemuan itu memberi kesan negatif kepada parti berkenaan dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi mengulas pelawaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga ketua Wanita Umno, untuk berbincang dengan Muslimat PAS.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berceramah pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai di Kampung Sungai Sok malam

tadi.

Abdul Hadi sebelum ini menimbulkan polemik dalam PAS apabila menyuarakan hasrat membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno tetapi cadangan itu dibantah Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ditolak oleh Pakatan Rakyat.

Walaupun ada cadangan untuk berdebat oleh Nik Abdul Aziz dan wacana ilmiah oleh Dewan Pemuda PAS, sehingga hari ini belum ada pertemuan antara pemimpin Umno dan PAS diadakan ke arah itu.

ADS