Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua NUJ Utusan kena tindakan disiplin selepas ke SPRM
Diterbitkan:  Jul 17, 2009 12:51 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

kemaskini 4.46pm Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu dikenakan tindakan disiplin susulan tindakannya melaporkan isu perbelanjaan syarikat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Amran Ahmad didakwa menfitnah kumpulan media berpengaruh itu dalam kenyataannya seperti dilaporkan Malaysiakini pada Jun lepas dan juga Harakahdaily , April lalu.

Beliau bersama peguam M Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah, dijadualkan akan mengadakan sidang media 2.30 petang ini di Plaza Pantai, Kuala Lumpur. Tetapi dibatalkan di saat akhir.

Difahamkan, beliau diminta membuat penjelasan bertulis kepada pengurusan Utusan Melayu (M) Berhad selewat-lewatnya Selasa depan - kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan yang lebih serius diambil terhadapnya.

Bagaimanapun masih belum jelas bentuk-bentuk tindakan tersebut.

nuj utusan malaysia sprm report 260609 01 Pada 25 Jun lalu, ketua kesatuan wartawan akhbar Umno itu melaporkan perbelanjaan ubahsuaian satu pejabat biro RM46,000 kepada suruhanjaya tersebut (foto) .

Sementara dua bulan sebelumnya, NUJ Utusan mengadu kos membeli dua set tiang gol dan jaring penghadang di sebuah kilangnya di Perai, Pulau Pinang yang didakwa "terlalu mahal" RM160,000.

Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar keluaran Utusan Melayu, Utusan Malaysia , Mingguan Malaysia dan Kosmo! .

Tuntutan NUJ Utusan bagi perjanjian bersama (CA) penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.

Rundingan terbaru itu susulan CA lama yang telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.

ADS