Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKFZ: Menteri, timbalan menteri MCA sokong Ong
Diterbitkan:  Jul 23, 2009 6:42 AM
Dikemaskini: 9:27 AM

Kesemua tiga menteri dan tujuh timbalan menteri MCA hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga presiden MCA dalam tindakannya menangani isu mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

lim kit siang parliament pc 201008 kong cho ha Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka berkata, sekarang adalah masa yang sesuai bagi mereka menyatakan sokongan kepada

kepada Tee Keat.

Tiga menteri berkenaan ialah Datuk Seri Kong Cho Ha (menteri perumahan dan kerajaan tempatan), Datuk Seri Liow Tiong Lai

(menteri kesihatan) dan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (menteri pelancongan).

Manakala tujuh timbalan menteri pula ialah Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan menteri pelajaran), Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan menteri pengajian tinggi), Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat), Wee Jeck Seng (timbalan menteri belia dan sukan), Datuk Chor Chee Heung (timbalan menteri kewangan), Datuk Lee Chee Leong (timbalan menteri luar) dan Heng Seai Kie (timbalan menteri penerangan komunikasi dan kebudayaan).

liow tiong lai health ministry h1n1 flu campaign pc 060709 04 Dalam satu kenyataan bersama hari ini, menteri dan timbalan menteri berkenaan berkata mereka bersetuju dengan pendirian Ong bahawa kepentingan orang ramai perlu diutamakan dalam mencari penyelesaian kepada isu tersebut.

Oleh itu, kata mereka, pihak-pihak yang menghalang, mengugut dan menyembunyikan kebenaran serta mengelirukan rakyat, mesti dikecam sehebat mungkin.

Menurut mereka, Ong merupakan "pilihan yang jelas" untuk menerajui usaha MCA memulihkan kredibiliti dan sokongan rakyat Malaysia, termasuk masyarakat Cina.

'Dakwa terima ugutan'

"Kami beri jaminan kepada presiden MCA bahawa kami akan berada di belakang beliau," kata kenyataan itu.

Mereka menyatakan sokongan tersebut ketika Ong sedang berdepan dengan tekanan, termasuk dari pembangkang berhubung cara beliau mengendalikan skandal PKFZ.

ong tee keat pkfz klang visit 060508 12 Sejurus selepas dilantik sebagai menteri pengangkutan Oktober tahun lalu, Ong melantik firma audit - PriceWaterhouse Coopers (PwC) - untuk melakukan audit PKFZ.

Selepas beberapa kali tertangguh, akhirnya laporan PWC itu diumumkan kepada awam hujung bulan Mei lalu.

Antara lain, laporan tersebut mendedahkan bahawa kos projek tersebut berpotensi melambung mencecah RM12.5 bilion dan turut mengait beberapa pemimpin politik BN.

Dalam wawancaranya dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, Ong mendakwa beliau menerima ugutan bunuh bagi menghalangnya daripada mendedahkan laporan mengenai skandal PKFZ.

Katanya, ugutan tersebut dibuat oleh kongsi gelap yang didakwanya diupah oleh pihak-pihak yang terlibat dalam skandal tersebut.

Dalam wawancara tesebut, Ong turut mendedahkan bahawa kumpulan yang cuba menghalangnya daripada mendedahkan laporan tersebut, termasuk kuasa politik dan kuasa perniagaan dari pihak-pihak yang terlibat dalam skandal tersebut, termasuk orang dalam parti pemerintah.

ADS