BERITA

Yasmin Ahmad dikejar ke ICU

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Jul 2009, 12:07 tengahari

Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, dikejarkan di unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang tadi di stesen TV3.

Beliau berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan tidak sihat dan menghadapi kesukaran bernafas.

Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Yasmin kemudiannya dihantar Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.

Filem-filemnya Sepet , Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di peringkat antarabangsa dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan