BERITA

Jeff Ooi didesak letak jawatan isu JIM 'pelampau'

Low Chia Ming

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Ogs 2009, 11:07 tengahari

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didesak supaya menuntut peletakan ketua kakitangannya, Jeff Ooi yang menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebuah sebuah kumpulan pelampau.

NONE Desakan tersebut dibuat oleh gabungan yang mewakili 27 pertubuhan Islam. Mereka cuba menyerahkan memorandum tersebut ke pejabat ketua menteri.

Bagaimanapun, Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik meminta mereka menyerahkan memorandum tersebut kepada beliau.

Berlaku sedikit ketegangan apabila mereka berkeras untuk menemui Lim, sedangkan Ng mahukan mereka menyerahkan memorandum kepadanya.

Apabila mereka enggan berbuat demikian, Ng memanggil pengawal keselamatan untuk membawa mereka keluar dari pejabat ketua menteri.

Berikutan itu, mereka kemudiannya menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri Ketua Menteri, Mansor Othman.

Selain menuntut peletakan jawatan Jeff, mereka juga menuntut beliau yang juga ahli parlimen Jelutong, memohon maaf.

NONE Manakala di luar kompleks kerajaan negeri itu, kira-kira 300 anggota gabungan berkenaan berhimpun untuk memberi sokongan kepada wakil mereka.

Delegasi tersebut kesal dengan kenyataan Jeff itu, yang dianggap mereka sebagai mendedahkan "kejahilannya mengenai masyarakat Islam". Baca berita penuh

Reaksi presiden JIM

Sementara itu, Presiden JIM, Zaid Kamaruddin menafikan tuduhan Jeff yang menggelarkan JIM sebuah pertubuhan pelampau.

"Jeff Ooi bermaksud demikian ekoran desakannya supaya seorang ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSCC) di bawah Dewan Bandaraya Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa berkenaan.

"Mohd Razali, menurut Jeff Ooi merupakan ‘ekstremis agama’ kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020," kata Zaid dalam satu kenyataan hari ini.

zaid kamaruddin interview interfaith 010606 pointing out Bagaimanapun, Zaid (kiri) menegaskan, mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan merupakan aspirasi setiap umat Islam - bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

"Bahkan beliau percaya rahmat kebaikan Islam di Malaysia nanti akan turut dinikmati oleh seluruh rakyat. JIM yakin pegangan Islam Mohd Razali dan pengalaman profesionalnya akan menjadikan beliau lebih berkemampuan dalam menjalankan tanggungjawabnya," tambahnya.

Zaid turut menyuarakan rasa hairan bagaimana pelantikan seorang Muslim yang baik, boleh mengundang bahaya.

"Agama Islam telah berdiri teguh sejak sekian lama. Jadi, sebarang kekeliruan dan sikap prejudis orang ramai terhadap Islam yang timbul akhir-akhir ini tidak akan mengubah kesucian dan kerelevanan agama ini dalam masyarakat.

"Sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab, JIM berpegang kepada prinsip keamanan, kedaulatan undang-undang dan keadilan untuk semua.

"JIM juga akan terus berkempen agar hak dan maruah rakyat dipertahankan, kerajaan lebih telus dalam pentadbirannya dan pemerkasaan individu dan komuniti dapat direalisasikan melalui penglibatan rakyat dalam proses demokrasi," tambah Zaid.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan