Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cap jari bukan Noordin Mat Top
Diterbitkan:  Aug 10, 2009 3:22 PM
Dikemaskini: 11:38 AM

Analisis cap jari menunjukkan lelaki yang dibunuh polis anti-keganasan Indonesia kelmarin bukan suspek pengganas rakyat Malaysia, Noordin Mat Top.

NONE Bagaimanapun, ujian DNA masih lagi dijalankan.

Lelaki yang disyaki Noordin itu mati ditembak dalam 'Operasi Tiga Serangkai' di Jawa Tengah Sabtu lalu.

Bagaimanapun, polis anti-keganasan Indonesia berkata hanya ujian DNA dapat mengesahkan identiti mangsa.

Bagaimanapun, satu sumber memberitahu AFP bahawa Noordin masih bebas.

“Bukan dia. Kami tahu dari raut mukanya serta cap jarinya,” kata satu sumber polis yang tidak mahu namanya disebut.

Noordin Mohammed Top terror suspect JI indonesia hideout "Kami masih meneruskan gerakan mengesannya," tambahnya.

Media tempatan melaporkan Noordin mati ditembak selepas polis menyerbu sebuah rumah di Jawa Tengah Sabtu lalu selepas mengepungnya selama 17 jam.

Pegawai kanan anti-keganasan, Ansyad Mbai enggan mengulas mengenai identiti mayat yang mati ditembak di rumah tersebut.

Menurutnya, ujian DNA akan mengesahkan sama ada dia Noordin atau orang lain.

"Lebih baik kita tunggu ujian DNA,” tambahnya.

ADS