Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu menafikan berulangkali tuduhan bahawa beliau campurtangan dalam keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk merampas minuman keras dalam satu serbuan yang dilakukan.

Sebaliknya, Liu berkata pembabitannya dalam kontroversi twrsebut hanyalah terhad kepada 'menasihatkan' MBSA bahawa serbuan ke atas kedai 7-11 di Seksyen 8, Shah Alam adalah tidak sah dan tidak selari dengan dasar kerajaan negeri.

ronnie liu interview 100809 06 Menurut Liu, beliau dimaklumkan oleh seorang wartawan bahawa serbuan telah dibuat dan beliau terus menjalankan siasatan, termasuk menyoal pengarah pelesenan MBSA mengenai perkara itu.

"Bila saya bertanya kepada pengarah pelesenan, dia berkata dia tahu yang dia tiada ada kuasa (untuk mengarahkan serbuan tersebut), dan dia mengaku telah melakukan satu kesilapan, tetapi berkata dia bertindak kerana tekanan dari beberapa ahli majlis yang dia tidak mahu menyebut nama mereka.

"Apa yang jelas ialah tidak ada arahan dari datuk bandar, atau setiausaha majlis. Dia buat keputusan sendiri. Rayuan dari ahli majlis tidak boleh dianggap sebagai arahan. Jadi terdapat kesilapan yang dilakukan oleh pengarah pelesenan," kata Liu.

Liu menjelaskan demikian dalam wawancara ekskulif dengan Malaysiakini Khamus lalu.

'Satu salah faham'

Mengulas lebih lanjut, Liu berkata undang-undang kecil MBSA tidak melarang penjualan bir, atau pun lesen diperlukan, kecuali bagi penjualan arak (hard liquor)..

Beliau percaya pegawai MBSA atau ahli majlis mungkin salahfaham dengan Akta Eksais 1976, yang menyebut bahawa lesen minuman keras tidak diperlukan bagi menjual minuman dengan kandungan alkohol kurang daripada 8.8 peratus.

"Dalam Bahasa Malaysia, tidak terdapat terjemahan yang tepat bagi minuman keras. (Istilah) bir hanyalah terjemahan terus. Orang Islam mungkin tidak faham istilah ini. Tetapi bukan Islam dapat membezakan bir daripada arak.

ronnie liu interview 100809 07 "(Dalam istilah perundangan) bir didefinasikan sebagai 'minuman keras'. Tidak ada deskripsi yang lebih tepat (daripada itu)," kata Liu, yang bidangkuasanya sebagai exco negeri termasuk memantau perjalanan majlis daerah.

Ekoran serbuan tersebut, Liu berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan empat ahli malis MBSA, pengarah pelesenan dan seorang pegawai daripada pasukan yang membuat serbuan tersebut.

Katanya, dalam perjumpaan tersebut, beliau menjelaskan kepada mereka dasar kerajaan negeri dan kesan serbuan tersebut, dan ianya adalah keputusan MBSA sendiri untuk memulangkan bir bernilai RM600 kepada kedai berkenaan.

Isu tersebut telah dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu penghinaan besar terhadap umat Islam, sehingga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, mendesak supaya Liu digugurkan daripada menjadi exco kerajaan negeri atau ditukar portfolionya kerana didakwa mengganggu bidangkuasa MBSA.

Mengulas mengenainya, Liu berkata, Hassan, yang juga rakan exconya, mungkin menjadi mangsa salahfaham atau tekanan politik dari pihak-pihak tertentu, tetapi berkata hubungan mereka tetap rapat.

hassan ali interview 240408 02 "Saya mesti menyatakan bahawa hubungan saya dengan Datuk Hassan adalah amat baik. Insiden tersebut tidak menjejaskan hubungan kami. Beliau adalah kawan dan rakan (exco). Kami akan terus bekerjasama.

"Orang yang mahu mengambil kesempatan daripada situasi tersebut, seperti bekas menteri besar (Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo), harus berhenti daripada bermimpi kerana kami akan terus bekerjasama," tegas Liu.

Beliau juga berterima kasih kepasa Dewan Pemuda PAS Selangor yang mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengannya Selasa lalu untuk mendengar sendiri daripadanya mengenai kontroversi tersebut.

Liu berkata, dialog seumpama itu akan terus diadakan pada masa akan datang.

Dewan Pemuda PAS Selangor telah mengancam untuk mengadakan demonstrasi terhadapi Liu tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir. Berita asal

ADS