SIS dakwa kenyataan Shahidan hina lelaki
Badan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam hari ini kesal dengan kenyataan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa kejadian sumbang mahram dapat dibendung jika urusan poligami dipermudahkan.
Pertubuhan itu menyifatkan tanggapan bahawa lelaki tidak dapat mengawal nafsu adalah satu penghinaan ke atas lelaki yang kebanyakannya tidak berpoligami dan amat menghormati wanita.
Ia seolah-olah memberikan gambaran bahawa kaum lelaki hanya menurut kehendak seksualnya dan tidak dapat mengawal hawa nafsu mereka. Di dalam Islam, lelaki bertanggungjawab untuk mengawal nafsu mereka sendiri, kata badan tersebut dalam satu kenyataan hari ini.
Tindakan kerajaan negeri Perlis memudahkan urusan poligami untuk mengatasi masalah sumbang muhram adalah tidak berasas sama sekali. Berdasarkan pengalaman kami dan juga persatuan wanita yang lain, sumbang mahram tidak ada kena-mengena dengan taraf perkahwinan, tambah kenyataan itu lagi.
Sebagai contoh, katanya, satu kes sumbang yang berlaku di Kelantan pada tahun 2000, membabitkan penjenayah yang mempunyai lebih dari seorang isteri.

Shahidan dilaporkan berkata semalam bahawa jenayah rogol and sumbang mahram dapat dibendung sekiranya urusan pasangan yang ingin berkahwin and berpoligami dapat dipermudahkan.
Beliau menjelaskan yang Pelis telah membuat pindaan terhadap Enakmen Keluarga Islam Perlis 1991 untuk memudahkan urusan perkahwinan and poligami sebagai usaha mengawal jenayah rogol and sumbang mahram yang semakin membimbangkan.
Ternyata poligami bukanlah satu jalan penyelesaian bagi sumbang mahram. Terdapat banyak sebab mengapa ia berlaku, dan menganggap nafsu sebagai alasan bukan sahaja memperolokkan jenayah tersebut tetapi juga memperkecilkan mangsa, tambah badan bukan kerajaan itu dalam kenyataannya.
Penyelidikan mendalam
Pertubuhan itu berpendapat perbuatan sumbang mahram dilakukan bukan kerana keinginan seks tetapi keinginan melakukan hubungan seks ke atas darah daging sendiri.
Katanya, sumbang mahram dapat dibendung, bukan dengan cara memudahkan poligami, tetapi dengan menyedarkan setiap ahli keluarga tentang tanggungjawab mereka dalam keluarga dan saling menghormati sesama sendiri.
Sumbang mahram adalah satu jenayah. Ia adalah rogol. Mempermudahkan seorang penjenayah untuk berpoligami mungkin boleh menambah bilangan mangsa jenayah tersebut. Penyelidikan yang lebih mendalam mesti dilakukan sebelum sesuatu dasar dilaksanakan, tambahnya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.