Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

Cina lahir di M'sia tapi IC merah

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Walaupun dilahir dan dibesarkan di negara ini, terdapat rakyat terutama berketurunan Cina di Selangor didakwa masih memegang kad pengenalan (IC) merah.

Pengerusi hal ehwal Cina di pusat khidmat masyarakat DUN Sungai Panjang, Ng Swee Lee berkata beliau menerima aduan daripada

penduduk mengenai perkara itu yang berlaku sejak puluhan tahun lalu.

"Kebanyakan yang memiliki kad pengenalan merah telah berusia lebih 70 tahun dan berdepan dengan pelbagai masalah termasuk dalam soal tuntutan harta pusaka dan permohonan tanah kerana mereka tidak diiktiraf sebagai warganegara Malaysia.

"Golongan ini juga hilang kelayakan untuk mengundi," katanya kepada pemberita semasa mengetuai kumpulan seramai 30 orang bagi membuat permohonan mendapatkan sijil lahir di pejabat Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata JPN perlu prihatin dalam perkara ini.

Ng, yang juga ahli Majlis Daerah Sabak Bernam, berkata penduduk merungut bahawa temuramah dan ujian bahasa Malaysia yang dikendalikan JPN untuk memberi status kewarganegaraan, adalah terlalu rumit dan sukar.

"Ada permohonan mereka tidak dilulus hanya kerana mereka gagal menamakan nama bendera Malaysia, iaitu Jalur Gemilang," katanya.

Beliau berkata ada juga kes di mana pasangan suami isteri mempunyai kad pengenalan berbeza iaitu biru dan merah.

"Lebih aneh dalam satu kes, ada lima warga emas yang memegang kad pengenalan merah yang tertera nombor "71" (nombor bagi mereka yang berasal dari negara China), meskipun mereka lahir di Malaysia.

"Golongan ini selama ini membayar cukai pendapatan, pintu dan tanah tapi tidak diberikan taraf kewarganegaraan yang sah," katanya. BERNAMA

Belanjawan 2020
  • Infografik
    Carta & Graf
  • Kuiz
    Apa anda dapat?
  • Undian
    Suka atau tidak?
  • Laporan langsung
    Laporan langsung kami