Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Panel rayuan kekal hukuman sebat Kartika
Diterbitkan:  Sep 28, 2009 10:20 PM
Dikemaskini: 2:25 PM

Panel Rayuan Mahkamah Tinggi Syariah Pahang hari ini mengekalkan keputusan hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata keputusan itu dibuat selepas panel tersebut membuat semakan terhadap prosedur penghakimannya.

NONE Bagaimanapun tarikh pelaksanaan hukuman tersebut belum diputuskan panel berkenaan yang turut dianggotai Ketua Hakim Syarie Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman, katanya ketika dihubungi Bernama.

Kartika dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Hukuman sebat itu kemudian ditangguhkan baru-baru ini bagi menghormati bulan puasa.

ADS