Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

UM muncul 200 universiti terbaik dunia

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Universiti Malaya (UM) - yang merupakan tertua di Malaysia - kini muncul antara 200 universiti terbaik dunia, demikian menurut senarai terkini Times Higher Education-QS.

Menurut senarai terbaru itu, UM telah berjaya memperbaiki kedudukannya dari tangga 230 tahun lalu, kepada 180 tahun ini.

Ini bermakna, UM telah berjaya melonjak naik sebanyak 50 anak tangga dalam senarai terbaru Times Education-QS itu.

Kali terakhir UM berada dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia ialah pada 2006 apabila ia disenaraikan pada kedudukan 192.

Pada 2004, UM muncul sebagai antara 100 universiti terbaik dunia, apabila ia disenaraikan pada kedudukan ke-89.

Kedudukannya jatuh ke tangga 169 pada tahun berikutnya dan terus menjunam lagi pada 2006 dan selepas itu terus terkeluar dari senarai 200 universiti terbaik dunia.