Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isa Samad tebus maruah BN
Diterbitkan:  Oct 11, 2009 8:12 AM
Dikemaskini: Oct 12, 2009 3:10 AM

>>> Lihat GALERI FOTO

8pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.

azlan Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.

Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, rekod terburuk BN, parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.

Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.

Kejayaan BN menggandakan jumlah majoriti kali ini berjaya menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.

BN berjaya menebus ketewasannya di tiga daerah mengundi pada Mac tahun lalu: Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong.

Kemenangan mantan menteri besar Negeri Sembilan itu, selain membuktikan ketokohannya masih kukuh walaupun tercalar dengan isu rasuah, juga menunjukkan pengundi bukan Melayu berpatah balik bersama BN.

Selain menang di semua lapan daerah mengundi, BN juga menggandakan jumlah undi, 2,920, atau dua kali ganda berbanding 1,891 undi pada pilihan raya 2008.

NONE Dalam pilihan raya kecil ini, BN mendapat 3,521 undi berbanding 3,080 undi pada 2008.

Manakala undi pos yang diperolehi PAS merosot kepada 601 undi berbanding 1,189 undi yang diperolehinya pada pilihanraya umum tahun lalu.

7.15pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan 5,435 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,578 undi. Undi rosak 222.

Kira-kira 300 lagi undi daripada 11,157 undi belum dihitung.

7pm Rasmi, BN mendahului PAS dengan 3,436 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 4,377 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 941 undi.

6.59pm Rasmi, BN juga mendahului PAS dengan jumlah yang besar bagi undi pos. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 3,521 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 601 undi.

Pada pilihan raya umum lalu, BN memperolehi 1,891 undi, sementara PAS pula 1,189 undi pos.

NONE 6.52pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan majoriti 5,331 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 7,821 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,490 undi. Undi rosak 218.

Setakat ini, 10,395 daripada 11,157 undi atau 93.2 peratus undi telah dihitung.

6.40pm Tidak rasmi, BN mendahului PAS dengan majoriti 4,702 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 6,705 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,003 undi.

Setakat ini, 8,708 daripada 11,157 undi atau 78 peratus undi telah dihitung. Jika trend ini berterusan, BN akan menang dengan majoriti undi lebih besar.

Pada pilihan raya umum lalu, BN memperolehi 2,333 undi.

6.25pm Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahulu di empat daripada lapan daerah mengundi di DUN Bagan Pinang. Malah BN menang di ketiga-tiga daerah mengundi yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum tahun lalu.

NONE Tiga kawasan tersebut ialah Pekan Siliau (BN 349 dan PAS 113 undi); Ladang Atherton (BN 218 dan PAS 115); dan Sua Betong (BN 371 dan PAS 149). Manakala BN mengekalkan penguasaannya di Ladang Bradwall dengan memperolehi 215 undi dan PAS mendapat 90 undi.

Dalam pilihanraya umum 2008, PAS menang di Pekan Siliau dengan mendapat 275 undi dan BN 194 undi (majoriti 81 undi); menang di Ladang Atherton dengan mendapat 208 undi dan BN 124 undi (majoriti 84 undi); dan menang di Sua Betong dengan mendapat 290 undi dan BN 244 undi (majoriti 46 undi).

BN pula menang di Ladang Bradwall dengan mendapat 172 undi dan PAS memperolehi 131 undi (majoriti 41 undi).

5pm Semua lapan pusat pembuangan undi untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditutup. Proses pengiraan di semua saluran di pusat-pusat tersebut bermula tidak lama lagi. Seramai 11,157 atau 81.65 peratus pemilih, termasuk pengundi pos, mengundi dalam pilihanraya kecil ini.

5pm Semua lapan pusat pembuangan undi untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditutup.

Proses pengiraan di semua saluran di pusat-pusat tersebut bermula tidak lama lagi.

Seramai 11,157 atau 81.65 peratus pemilih, termasuk pengundi pos, mengundi dalam pilihanraya kecil ini.

4.55pm Persaingan BN dan PAS dijangka sengit - majoriti calon yang menang dijangka tipis.

"Kalau (PAS) menang, tidak menang banyak. Kalau kalah, tidak kalah banyak," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang menyifatkan kedua-dua parti saling "kejar-mengejar."

NONE Bagaimanapun BN yakin menang dan mempertahankan kerusi DUN tersebut.

"Pada jangkaan awal kita, 70 peratus daripada jumlah undi memihak kepada kita," kata Ketua Pemuda Umno Telok Kemang, Mohd Faizal Ramli.

4.45pm Masa untuk membuang undi bagi menentukan ADUN baru Bagan Pinang tinggal lagi 15 minit sebelum ditutup rasmi.

4.23pm Seramai 6,301 pemilih, atau 69.5 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 4 petang - sejam lagi sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan peratus keluar mengundi mencecah 80 peratus.

3.30pm Seramai 5,892 atau 65 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 3 petang ini - dua jam sebelum pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang ditutup pada jam 5 petang.

2.53pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan mengejut berhubung pemakaian lambang-lambang parti di badan para penyokong di luar lapan pusat pembuangan undi.

Atas arahan suruhanjaya itu, polis mengarahkan semua petugas dan penyokong PAS serta BN menanggalkan sebarang simbol - termasuk pada pakaian seperti topi atau jaket.

Penggunaan kipas tangan dan payung yang bersimbolkan parti bertanding juga dilarang.

NONE 2.24pm Seramai 5,371 pemilih, atau 59.2 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga pukul 2 petang - tiga jam sebelum tempoh membuang undi bagi pilihan raya kecil DUN tersebut ditutup.

2.15pm Wakil calon PAS, Ramli Ismail, membuat aduan polis tengah malam tadi, mendakwa 70 kertas undi untuk pemilih pos yang tidak membuang undi diserahkan pihak tentera.

Jumlah kertas ini - yang dicurigai oleh PAS - sepatutnya disimpan di pejabat pegawai pengurus pilihan raya DUN Bagan Pinang, katanya kepada Malaysiakini .

1.33pm Seramai 4,905 pemilih, atau 54.1 peratus, di Bagan Pinang membuat penentuan antara calon BN atau PAS sehingga jam 1 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

1.27pm Pasukan peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Taman Desa Sirusa semalam menjelang hari pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang satu bentuk provokasi BN, lapor media rasmi parti itu Harakahdaily .

Isu tiga keping duit RM100 yang bernombor siri sama telah diadukan kepada polis.

12.54pm Lapan pusat pembuangan undi di DUN Bagan Pinang mulai lengang menjelang tengah hari, dipercayai penyokong dan pemilih berehat makan tengah hari.

12.25pm Seramai 4,220 pemilih, atau 46.5 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 12 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

NONE 12.10pm: Beberapa penyokong parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dilaporkan ditahan selepas berlaku satu pergaduhan di luar SK Teluk Kemang.

11.35am Insiden membaling batu dan botol air mineral berlaku di pusat pengundian di SK Teluk Kemang pada kira-kira jam 11.20 tadi. Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal dan meredakan keadaan antara penyokong BN dan PAS.

11.20am Sebanyak 35.7 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 11 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

11am Calon BN, Tan Sri Isa Samad beredar dari Sekolah Bradwall di tengah laungan 'rasuah' oleh pemimpin PAS.

Isa berkata, peluang untuk beliau menang adalah cerah.

Ketika menemui seorang pengundi India, Isa berkata: "Jangan lupa dacing".

NONE 10.20am Seramai 2,168 atau 23.9 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 10 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

10.15am Calon BN, Tan Sri Isa Samad tiba di Ladang Siliau dan berjalan sejauh kira-kira 150 meter dari jalan utama ke pusat pengundian. Penyokong PAS di situ mula melaung menyindirnya berhubung isu politik wang.

10.10am Keadaan pusat pengundian di SK Panglima Adnan riuh rendah dengan penyokong BN dan PAS melaung antara satu sama lain. Kira-kira 5,000 orang berhimpun di situ. Beberapa penyokong sebuah parti kelihatan membaling botol air mineral melintasi jalan ke arah tempat penyokong PAS berhimpun.

9.30am Calon PAS, Zulkefly Mohd Omar tiba di SK Panglima Adnan, dengan diiringi ahli-ahli parti itu yang memakai baju dengan logo PAS. Beliau yakin mampu menang dan menggesa pengundi supaya keluar mengundi.

NONE Sebelum itu, proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula sebaik sahaja pusat-pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini.

Hujan turun awal pagi tetapi berhenti sejurus selepas jam 8 pagi. Bagaimanapun, hujan renyai turun semula kira-kira 40 minit kemudiannya.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pengundi pos telah selesai membuang undi dua hari lalu, manakala pengundi biasa seramai 9,060 orang, akan membuat pilihan mereka hari ini di lapan pusat pengundian yang melibatkan 18 saluran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan kira-kira 80 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

NONE Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Sabtu meminta petugas BN supaya menanggalkan jaket dan menutup payung mereka yang mempunyai logo parti.

Menurutnya, tempoh kempen tamat tengah malam tadi, maka tiada lagi bahan kempen seperti baju dan payung boleh digunakan hari ini.

Pilihan raya DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.

Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Azman Mohammad Noor, pada 4 September lalu. Azman mengekalkan kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Polis telah menasihatkan pengundi khususnya supaya mematuhi arahan anggota pasukan itu bagi memastikan kelancaran lalu lintas, yang dijangka sesak berikutan kehadiran pelawat yang berkunjung ke pantai peranginan di situ pada hujung minggu.

bagan pinang elderly voter 11102009 Pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang dan diikuti dengan pengiraan undi di kesemua lapan pusat mengundi terbabit.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan MPPD dan keputusannya

dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

8.51am Sekumpulan Pemuda Umno melaung kepada Pemuda PAS, sesiapa yang mahu arak, pergi ke Selangor.

8.50am

Hujan renyai-renyai mulai turun di Teluk Kemang.

840am Hujan turun renyai-renyai semula di pusat mengundi SJK (T) ladang siliau.

NONE 8:25am Kira-kira 150 penyokong PAS berkumpul di luar sekolah kebangsaan Teluk Kemang untuk merayu undi. Beberapa orang pemandu kereta menunjukkan "tanda bagus" kepada penyokong PAS, dan penyokong membalas dengan laungan "Allahu Akbar".

8.20am Pemuda Kg Bagan Pinang menjerit "Anwar Rasuah" "Take Beer" dan "bapa rasuah". Ia sebagai membalas laungan penyokong PAS yang melaungkan "BN Rasuah". Kedua-dua penyokong melaung "Allahu Akhbar".

Kira-kira 100 penyokong PAS dan BN berkumpul di SJK (T) Ladang Siliau. Polis memantau keadaan. Langit kelihatan cerah, selepas hujan gerimis di sebelah pagi berhenti.

NONE Kira-kira 100 penyokong PAS berhimpun di luar SK Telok Kemang dalam usaha terakhir merayu undi. Beberapa kereta yang lalu di situ membunyikan hon dan menunjukkan tanda sokongan. Penyokong PAS membalas balik dengan laungan 'Allahu Akhbar'.

8.05am Penyokong-penyokong PAS berdoa di luar pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ladang Siliau dalam Pekan Siliau.

8.00am Pengundian di Bagan Pinang bermula. Kira-kira 300 penyokong BN dan Pakatan Rakyat berkumpul di sepanjang jalan di pusat mengundi di Kg Bagan Pinang. Hujan yang turun sebentar tadi menyebabkan, ramai penyokong membuka payung masing-masing.

7.25am

Polis mulai membuat sekatan di beberapa kawasan.

7.17am Hujan mulai turun seperti hari penamaan calon. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata ramalan cuaca hari ini dijangka hujan disebelah pagi, tidak seperti dua hari sebelum ini yang kelihatan cerah.

>>> Lihat GALERI FOTO

ADS