PAS menjangka sokongan pemilih undi pos terhadap calon parti itu, Zulkefly Mohd Omar dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, memberangsangkan.

Proses membuka sampul undi pos dilakukan di Dewan Perbandaran Port Dickson mulai kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Manakala proses pengiraannya akan dilakukan selepas tempat tempoh pengundian pada jam 5 petang ini di tempat yang sama.

Bendahari PAS Negeri Sembilan, Md Nor Rahman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya tidak dapat menjangkakan sokongan yang bakal diterima dari anggota pasukan keselematan yang mula membuang undi pada 8 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tambahnya, "dijangka ia (undi pos) lebih kepada kita" dan "nampak memberangsangkan".

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Apabila pengundian pos di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) berakhir Kelmarin, seramai 1,807 daripada 1,877 anggota tentera yang layak mengundi, telah mengundi.

Selebihnya, termasuk 2,694 lagi merupakan pengundi pos yang tinggal di luar kem, serta 31 anggota polis dan dua pengundi yang berada di luar negara.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini