BERITA

Agong serah surat pelantikan 12 hakim

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Okt 2009, 5:07 pagi

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menyerahkan suratcara pelantikan kepada tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, tiga Hakim Mahkamah Rayuan serta enam Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara, hari ini.

Tiga Hakim Mahkamah Persekutuan itu ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Heliliah Mohd Yusof manakala Hakim Mahkamah Rayuan yang dilantik terdiri daripada Datuk T.Selventhiranathan, Datuk Tee Ah Seng @ Tee

Boon Hooi serta Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad.

Enam Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik pula ialah Datuk Mohd Zawawi Salleh, Tuan Ahmad Zaidi Ibrahim, Dr. Hamid Sultan Abu Backer, Tuan Abang Iskandar Abang Hashim, Nallini Pathmanathan dan Tuan Mohamad Ariff Md Yusof.

Turat hadir menyaksikan upacara pelantikan itu ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi.

Istiadat mengangkat sumpah bagi pelantikan tersebut akan diadakan di Dewan Persidangan, Aras 1, Istana Kehakiman , Putrajaya pada pukul 3 petang ini.

- Bernama

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.