Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jumlah kehadiran perwakilan Pemuda Gerakan 'memalukan'

Jumlah kehadiran perwakilan dalam persidangan pergerakan Pemuda Gerakan semalam merupakan yang terburuk dalam tempoh 22 tahun, kata Ketuanya, Lim Si Pin.

Lim yang kesal dengan keadaanitu berkata, jumlah kehadiran tidak sampai 40 peratus dan kurang daripada 500 orang.

Jumlah perwakilan Pemuda Gerakan yang sepatutnya menghadiri persidangan pergerakan itu sebelum dianggarkan kira-kira 1,000 orang.

gerakan ndc 311009 lim si pin Lim yang kesal dengan keadaan itu menyifatkannya sebagai "sesuatu yang memalukan".

"Adakah sebab persidangan terlalu awal dan (oleh itu) tidak boleh bangun tidur?.

"Ini hanya alasan, Kami minta maaf, kami patut malu dengan diri sendiri," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungannya di akhir persidangan persidangan tahunan nasional Gerakan hari ini.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai kehadiran perwakilan Pemuda yang rendah semalam, Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow secara sinis berkata, ia mungkin disebabkan kecanggihan teknologi yang membolehkan persidangan itu ditonton secara langsung.

“Jangan cakap pasal perubahan sahaja. Bila cakap memang sedap didengar. Apa yang perdana menteri kata tadi, saya harap tidak jadi suntikan berlebihan kepada gerakan menyebabkan kita syok sendiri,” katanya.

Persidangan tahunan Gerakan boleh ditonton dilaman web Gerakan secara langsung

Sementara itu Lim juga kesal dengan tindakan sebahagian perwakilannya dan pihak media berhubung isu usul keluar BN yang dibentangkan dalam persidangan pergerakan itu semalam.

"Resolusi yang dibincangkan dalam dewan, semua resolusi ditulis ‘embargo selepas diterima (persidangan)'. Sama ada perwakilan kita tidak tumpukan perhatian atau media tidak faham makna ‘embargo'.

"Ia terkeluar dan terpapar di semua media bercetak. Tolong hormati draf kami. Sebelum diterima, ia cuma draf," katanya.

Beliau mengulas salah faham pelbagai pihak berhubung usul dari seorang perwakilan Pemuda negeri yang meminta Gerakan membuat pertimbangan serius untuk keluar daripada BN dalam masa setahun.

Bagaimanapun, ia ditolak sebulat suara setelah mendapat pelbagai reaksi dari hampir 500 perwakilan Pemuda parti itu yang bermesyuarat semalam.

Ketika membuat ucapan penggulungan di persidangan tahunan nasional Gerakan hari ini, Lim berkata cadangan itu bukan lagi satu isu kerana ia sekadar draf.

ADS