BERITA

Blog siar rakaman bai'ah talak tiga

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Nov 2009, 3:08 petang

Bercanggah dengan dakwaan pucuk pimpinan PAS, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad bukan satu-satunya pemimpin parti itu yang melafazkan "bai'ah" talak tiga.

Bai'ah adalah sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika calon-calon PAS yang menang mengkhianati parti - bagi mengelakkan risiko mereka lompat parti.

Blog Tulang Besi menyiarkan rakaman audio yang didakwa percakapan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang mengesahkan bahawa semua calon PAS mesti membuat sumpah "bai'ah" sebelum bertanding.

hasan ali umno pas selangor talk quality hotel 300708 06 "Bila kita hendak bertanding dalam pilihanraya, ada borang perlu ditandatangani, dan anda perlu berbuat demikian di depan seorang pemimpin di situ, memberitahu pemimpin itu apa yang kita tulis dan tandatangani.

"Kalau misalnya kita "melompat" selepas menang, maka dengan sendirinya isteri anda tercerai dengan 'talak tiga'," kata lelaki yang suaranya mirip Dr Hasan Ali itu.

"Itulah sebabnya mengapa di Kelantan, dalam masa dua tahun enam bulan begitu, satu majoriti tu dapat bertahan...Mengapa? saya fikir ianya kerana ada sumpah tersebut," tambahnya.

"Tetapi saya telah cakap, kalau misalnya orang PAS.. (Dr) Halimah (Ali, ADUN Selat Kelang) nak keluar... (Dr) Halimah saya tak tahu dia nak ceraikan suaminya atau tidak," kata lelaki itu disambut ketawa mereka yang berada di situ.

"Jadi saya rasa, jika anda berharap orang PAS lompat parti-parti lain, ianya hampir mustahil, Kecuali dia gila," katanya di akhir rakaman itu.

Baca berita penuh

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.