Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang
mk-logo
Berita
S'gor dedah siasatan tanah runtuh Bkt Antarabangsa

Kerajaan Selangor telah mendeklasifikasikan laporan siasatan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa untuk membolehkan orang ramai, khususnya mangsanya mengetahui perkara yang sebenarnya berlaku.

Laporan itu disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

bukit anatarabangsa landslide pdrm aerial photographs 101208 03 "Kita berharap penduduk Bukit Antarabangsa dapat mengetahui perkara sebenar bila laporan ini didedahkan." kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Abdul Khalid berkata beliau menggunakan kuasanya mengikut Seksyen 2(C) Akta Rahsia Rasmi untuk mendeklasifikasikan laporan tersebut.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan laporan tersebut mulai Isnin ini.

Menurut laporan itu, kata Khalid, punca utama tanah runtuh itu adalah kebocoran paip yang dipasang di sepanjang sederet rumah kosong.

Kebocoran itu, katanya, telah mengakibatkan meningkatkannya kadar kelembapan tanah di bahagian cerun tersebut.

Menteri besar berkata, beliau juga akan menemui penduduk di situ awal Januari ini.

"Kita akan berikan bantuan kepada penduduk yang menjadi mangsa tanah runtuh di situ," katanya.

Tragedi awal pagi 6 Disember tahun lalu itu mengorbankan lima nyawa dan memusnahkan 14 rumah di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa.