Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pendingin hawa rosak, DUN ditunda
Diterbitkan:  Nov 19, 2009 12:48 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Persidangan hari ketiga DUN Kedah hari ini ditangguh ke Ahad ini berikutan pendingin hawa dalam dewan mengalami kerosakan dan menyebabkan keadaan panas serta kurang selesa.

Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengumumkan penanggguhan itu selepas menerima cadangan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk menangguhkan persidangan hari ini, yang disokong Datuk Phahrolrazi Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor).

"Peristiwa ini pertama kali berlaku, memandangkan keadaan dewan yang panas, saya menangguhkan sidang dewan ini pada hari Ahad (22 Nov)," katanya.

Sesi persidangan hari ini merupakan hari terakhir diperuntukkan bagi perbahasan usul terima kasih atas titah Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika merasmikan sidang dewan dengan sesi penggulungan dijadualkan pada petangnya. BERNAMA


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS