Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liow dan rakan 'tersenyum' sepanjang mesyuarat

Beberapa anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA hairan dengan tindakan Ketua Pemudanya Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun menangis dalam sidang akhbar semalam.

Menurut seorang daripada mereka, Ka Siong dan Chew tersenyum sepanjang mesyuarat CC semalam.

NONE Malah, dia mendakwa, ketua Pemuda itu menepuk meja apabila bersetuju dengan perkara yang dibincangkan.

"Mesyuarat itu berjalan dalam suasana mesra.

"Saya hairan mengapa mereka menyerang kita selepas mesyuarat tersebut," kata seorang anggota CC, yang enggan dikenali, penyokong timbalan presiden Dr Chua Soi Lek.

Ka Siong dan Chew menangis di hadapan pemberita selepas mereka dipecat dari majlis presiden semalam, dan menggesa perwakilan pusat menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 28 November ini bagi 'memulihkan demokrasi' dalam parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar tersebut - yang turut dihadiri naib presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai - mereka berdua menuduhkan presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat cuba menutup mulut pemimpin yang tidak sehaluan dengannya.

Anggota CC itu menambah, Liow dan rakan-rakannya tersenyum sewaktu mesyuarat CC dan tidak membantah pengguguran mereka daripada majlis presiden.

wee ka siong visit damansara school 020508 wee ka siong and chew mei fun Seorang lagi anggota CC memberitahu Malaysiakini bahawa Ka Siong dan Chew tidak sepatutnya merungut apabila digugurkan kerana mereka memang tidak menyokong Ong.

"Mereka secara terbuka menyatakan tidak ada keyakinan terhadap presiden, maka mereka sepatutnya tidak menganggotai majlis peguam. Itu adalah cara terhormat yang perlu mereka lakukan.

"Anda tidak boleh berkata 'saya mahu bersama pasukan awak, tetapi saya tidak boleh bekerja dengan awak'," kata seorang anggota CC yang menyokong Ong.

Katanya, Ka Siong dan Chew tidak boleh merasakan yang mereka disingkirkan dari majlis presiden kerana kedua-duanya besar kemungkinan akan dijemput sama menghadiri mesyuarat kerana input dari mereka - selaku timbalan menteri - akan dialu-alukan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS