Malaysiakini BERITA

60 ahli MCA bantah pelan damai

Andrew Ong  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Kira-kira 60 ahli MCA hari ini berkumpul di ibupejabat MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur kerana membantah kepimpinan Datuk Seri Ong Tee Keat.

protest at mca 191109 01 Mereka yang dipercayai ahli-ahli yang bersimpati dengan naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, mendakwa pelan damai telah menjejaskan proses demokrasi dalam parti itu.

Kumpulan itu, yang sebahagian besarnya memakai baju berwarna hitam, memulakan bantahan pada jam 7.30 malam dengan berdoa untuk parti.

Mereka kemudiannya menyanyi lagu Negaraku, diikuti dengan bacaan ikrar parti untuk menyatakan taat setia mereka kepada parti.

Pada jam 8 malam, mereka mengadakan bantahan sambil duduk di pintu masuk bangunan MCA.

Wakil-wakil mereka kemudian menyampaikan ucapan yang menggesa supaya parti diselamatkan daripada pelan damai yang dicadangkan oleh Ong dan timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Kumpulan itu kemudian bersurai pada kira-kira jam 8.17 malam.

Kehadiran kumpulan itu dipantau oleh kira-kira 30 anggota polis, yang sebelum itu, meminta mereka supaya menyelesaikan perhimpunan tersebut pada jam 8.20 malam.

Polis turut merampas dua kain rentang yang cuba dinaikkan oleh kumpulan tersebut.

Kain rentang itu menunjukkan gambar Ong dan Chua, sambil mengkritik mereka kerana membuat keputusan sendiri mengenai urusan parti tanpa menghiraukan ahli parti.

Baca berita penuh