Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nasharuddin dikejar ke IJN
Diterbitkan:  Nov 23, 2009 12:55 PM
Dikemaskini: 11:53 AM

Timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dikejar dengan ambulans ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadukan sakit dada.

nasharuddin nik aziz manek urai 110709 nasha pc Nasharuddin yang menghadiri sidang Parlimen pagi ini, sebelum ini dibawa ke klinik di situ.

Timbalan presiden PAS itu dikejarkan ke IJN selepas menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan di bangunan Parlimen setelah mengadu kepada ahli parlimen

PAS dari Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Bagaimanapun, selepas melalui ujian electrocardiaogram (ECG), doktor tidak dapat mengenal pasti punca sakit dadanya.

Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok, kemudiannya dirujuk ke IJN.

Beliau kemudiannya dilihat dibawa dengan kerusi roda ditemani Kamaruddin dan ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pada pukul 11.40 pagi ke IJN.

Mahfuz ketika ditemui pemberita berkata Nasharuddin "pada mulanya mengadu sakit otot di bahagian dada dan selepas pemeriksaan di klinik tadi, beliau dinasihatkan untuk ke IJN bagi pemeriksaan selanjutnya."

Beliau bagaimana pun enggan mengulas lebih lanjut mengenai keadaan Nasharuddin.

Pegawai khas timbalan presiden PAS itu, Mior Isfandy Mior Azizan, berkata Nasharuddin berada dalam keadaan stabil dan dijangka dibenarkan keluar pada Rabu.

Beliau dijangka menjalani pemeriksaan rapi pagi esok, katanya.

Mior Isfandy enggan mengulas ketika ditanya sama ada Nasharuddin diserang sakit jantung. - Bernama

ADS