BERITA

S'gor batal dedah tragedi Bkt A'bangsa

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Nov 2009, 11:42 tengahari

Kerajaan Selangor membatalkan hasratnya menerbitkan dokumen sulit laporan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tahun lalu setelah kerajaan persekutuan membantahnya.

Menteri besar berkata pendedahan itu penting bagi "menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai" tetapi dokumen itu telah dikelaskan sebagai "rahsia" oleh jemaah menteri.

"Sebelum ini kerajaan negeri ada menulis kepada Kementerian Kerja Raya mengenai keputusannya itu (tidak akan mendedahkan laporan) dan meminta kementerian berkenaan melakukan perkara yang serupa (dengan Selangor) demi kepentingan orang awam.

bukit antarabangsa landslide victim unglu farid ungku abdul rahman interview 121208 03 "Bagaimanapun, kementerian hari ini mengatakan ia tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara tersebut kerana yang klasifikasi rahsia telah dibuat oleh jemaah kabinet.

"Oleh yang demikian, kerajaan negeri tidak boleh meneruskan keputusan untuk mengumumkan perincian laporan tersebut," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam kenyataannya petang ini, beliau bagaimanapun terus menyeru kerajaan persekutuan membenarkan penyiaran laporan tersebut dengan alasan "kandungannya sangat penting diketahui oleh orang ramai bagi perbincangan" dalam usaha mempercepatkan proses mengeluarkan peraturan bagi pembangunan di kawasan cerun dan tanah tinggi di negeri.

"Setelah membaca laporan tersebut, kerajaan negeri percaya ia tidak bersifat prejudis kepada kepentingan dan keselamatan negara," kata Abdul Khalid lagi.

landslide bkt antarabangsa perdana car "Sebaliknya, pendedahan kandungan laporan boleh menjaga kepentingan dan keselamatan orang ramai.

"Sesungguhnya, kejadian tanah runtuh pada 6 Disember 2008 itu merupakan suatu tragedi.

"Namun, ia boleh menjadi tragedi yang lebih besar sekiranya kerajaan persekutuan gagal menunjukkan sikap kebertanggungjawaban dan melakukan tindakan yang sewajarnya bagi melindungi keselamatan orang awam."

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.