BERITA

Penyokong Hindraf mogok lapar di KLCC

Andrew Ong

Diterbitkan
Dikemaskini 25 Nov 2009, 6:51 pagi

Berpuluh penyokong Hindraf berhimpun di KLCC pagi ini untuk menyertai mogok lapar bagi mengingati ulangtahun kedua perhimpunan raksasa 25 November.

Dengan diketuai oleh aktivis Hindraf S Jayathas, mereka tiba di pintu masuk KLCC pada kira-kira jam 9.10 pagi. Enam belas orang daripada mereka memakai baju-T Hindraf berwarna oren. Kebanyakan mereka turut memakai lencana anti-ISA.

NONE Mereka merancang untuk mengadakan mogok lapar selama 18 jam sehingga 4 petang selaras dengan tuntutan 18 perkara kepada kerajaan bagi menangani masalah masyarakat India di negara ini.

"Tuntutan 18 perkara itu bertujuan untuk menangani masalah kemiskinan tegar di kalangan masyarakat India di Malaysia.

"Tidak ada panduan dan peluang bagi masyarakat India, maka ramai yang terbabit dalam jenayah. Kerajaan tahu mengenai masalah itu tetapi tidak mengambil sebarang tindakan," kata Jayathas.

Kira-kira 24 orang anggota polis kelihatan memantau keadan

Manakala pihak pengurusan KLCC telah meminta kumpulan tersebut supaya tidak duduk kaki lima kerana ia menganggu perniagaan di situ.

Baca berita penuh

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.