Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim Swee Kuan dilantik Setpol Ean Yong
Diterbitkan:  Dec 9, 2009 12:06 PM
Dikemaskini: 11:20 AM

Bekas pegawai khas kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang - Lim Swee Kuan - telah dilantik sebagai setiausaha politik baru exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ean berkata, pelantikan Swee Kuan berkuatkuasa hari ini.

lim swee kuan Beliau kini merupakan setiausaha publisiti Pemuda DAP (DAPSY) Selangor, naib pengerusi DAPSY Petaling Jaya Utara dan juga naib pengerusi DAP cawangan SS2, Petaling Jaya.

Jawatan tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya sebelum ini, Teoh Beng Hock.

Teoh ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam pada 16 Julai - sehari selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan ADUN di Selangor.

"Saya mengalu-alukan Swee Kuan menyertai anggota Kerajaan Selangor, dan saya berharap beliau dapat berusaha sedaya-upaya untuk memperkukuhkan dasar dan prestasi Kerajaan Selangor, serta berkhidmat untuk masyarakat.

"Saya percaya, dengan pengalaman pekerjaan selama tiga tahun di ibupejabat DAP, beliau dapat menyesuaikan diri dalam suasana tempat pekerjaan yang baru secepat mungkin, dan membantu saya dalam urusan-urusan politik dan penyelarasan media, serta menangani permohonan dana/sumbangan kerajaan," katanya.

Selain jawatannya dalam DAPSY Selangor, Swee Kuan pernah bertugas sebagai penolong penyunting berita bagi suratkhabar parti DAP ‘Roket' dan menjadi setiausaha akhbar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

'

Swee Kuan kemudiannya dilantik sebagai pegawai khas Kit Siang selepas tsunami politik pilihanraya umum 2008.

ADS