mk-logo
Berita
SPRM digesa siasat isu salah laku setpol Najib
Diterbitkan:  Dec 10, 2009 5:52 AM
Dikemaskini: 5:53 PM

Dakwaan salah laku setiausaha politik perdana menteri, Datuk shafie Abdullah, diadukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), antaranya campur tangan dalam pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyerahkan aduan itu kepada dua pegawai SPRM Kuala Lumpur, Hasan Yahya dan Mohd Yahya Mohd Rashid.

Kamaruzaman Mohamad berkata aduannya itu "cuma diterima sebagai maklumat" dan dibawa dalam mesyuarat jawatankuasa SPRM Wilayah Persekutuan dahulu sebelum ia membuka kertas siasatan.

kolam renang biawak 091208 shafie abdullah "Dalam masa seminggu pihak SPRM Wilayah Persekutuan akan menelefon dan memanggil saya kembali untuk memaklumkan hasil keputusan mesyuarat tersebut sama ada ia jadi kes atau tidak," katanya.

"Sekiranya pihak SPRM tidak membuka kertas siasatan, kami minta supaya ia dibangkitkan semula di Parlimen."

Isnin lalu, ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa Shafie - yang juga ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan dan ketua bahagian Wangsa Maju - menyalahgunakan kedudukannya sebagai setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak.

Dalam aduannya, Kamaruzaman mendakwa Shafie turut:

- menggunakan pengaruhnya untuk melantik ahli jawatankuasa sebuah surau di Setapak,

- membantu rakan mendapat kontrak pembekalan alatan kepada pusat-pusat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),

- menamakan isterinya sebagai proksi dalam lembaga pengarah sebuah syarikat pemaju, dan,

- terlibat dalam urusan pembinaan sebuah kompleks membeli-belah di Sri Hartamas.

Dalam perkembangan berkaitan, Gerak Malaysia turut menggesa SPRM "dengan kadar segera" menyiasat dakwaan salah guna kuasa Shafie seperti diungkitkan oleh ahli parlimen PKR itu.

"Jika tidak ada tindakan daripada pihak SPRM, maka dakwaan yang disebut di Parlimen itu telah dianggap remeh.

"Demi untuk menjaga kemuliaan Dewan Rakyat dan Parlimen khususnya, amat wajar untuk sisatan SPRM dilakukan segera," kata pengerusi NGO itu Mohd Nazree Mohd Yunus.

"Kita tidak mahu mana-mana pegawai kerajaan sama ada lantikan awam atau lantikan politik mengambil kesempatan untuk kepentingan diri dalam aspek yang berkaitan dengan nilai-nilai integriti dan ketelusan dalam pentadbiran."

Mohd Nazree juga berkata dalam usaha kerajaan memperkasakan integriti dan kredibiliti SPRM, amatlah wajar suruhanjaya itu sendiri "secara segera memulakan siasatan".

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini