Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKFZ: AG janji ramai lagi akan didakwa
Diterbitkan:  Dec 10, 2009 6:07 PM
Dikemaskini: 12:03 PM

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini berkata ramai lagi akan didakwa berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), dengan seorang jurutera Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) akan dihadapkan ke mahkamah Isnin ini.

Hari ini, bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka OC Phang dan dua orang lagi, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Klang atas tuduhan pecah amanah dan membuat tuntutan palsu.

Dalam satu kenyataan, Abdul Gani berkata, tindakan diambil terhadap tiga orang hari ini, hasil kerjasama pejabat peguam negara dengan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, terdapat banyak isu yang terbabit - perundangan dan fakta - yang menurutnya bukan sahaja kompleks tetapi juga memerlukan pengumpulan bukti yang banyak.

Abdul Gani berkata, hasil kerjasama tiga agensi tersebut, Phang, ketua pegawai operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd - kontraktor utama projek PKFZ - Steven Abok dan arkitek Bernard Tan Seng Swee dari BTA Architect, didakwa pagi ini.

Seorang jurutera Kuala Dimensi, Law Jenn Dong akan didakwa di mahkamah Isnin ini atas tuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan RM122.267 juta. Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama Tan.

[Baca berita penuh]

ADS