BERITA

Rosmah tidak risau dilontar tuduhan liar

Diterbitkan
Dikemaskini 15 Dis 2009, 11:30 tengahari

Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak-pihak yang bersikap memusuhi beliau.

Rosmah berkata, sebagai isteri perdana benteri, beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna dan baik, begitu juga masa depan.

rosmah mansor najib wife "Saya tidak punya masa untuk melayan mereka," katanya kepada media Malaysia di sidang akhbar di Singapura hari ini apabila ditanya tentang perasaannya terhadap banyak tuduhan negatif yang tersebar dalam negara yang mengaitkan diri beliau.

Rosmah berkata beliau, malahan suaminya juga, tidak terjejas tumpuan atau terlalu mengambil kisah dakwaan itu oleh kerana mereka fokus dalam kerja.

Rosmah berkata apabila beliau bertemu dengan isteri-isteri pembesar asing, mereka memberitahunya mereka juga menjadi sasaran parti politik pembangkang.

“Jadi, isu ini adalah budaya universal, datang dari orang-orang yang tidak senang dengan kerajaan," kata Rosmah, dan menambah tuduhan itu lebih hebat apabila pilihan raya semakin hampir.

Rosmah berada di Singapura untuk menghadiri Forum Pemimpin Wanita Asean dan beliau menyampaikan ucaptama mengenai kepimpinan wanita dalam era baru. BERNAMA

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.