Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'SPRM boleh soal siasat selepas waktu pejabat'
Diterbitkan:  Dec 17, 2009 8:22 AM
Dikemaskini: 9:51 AM

Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.

Sebaliknya, ia memutuskan bahawa SPRM boleh berbuat demikian bagi tujuan memerangi jenayah rasuah.

tan boon wah pc on macc accusation 270809 02 Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hasan Lah, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam kanan persekutuan, Amarjeet Singh bagi pihak SPRM dan peguam Karpal Singh bagi pihak ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah ( kiri ).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu berkata Akta SPRM 2009 tidak menghadkan tempoh suruhanjaya itu merakamkan kenyataan dalam waktu pejabat sahaja.

Dalam keputusan sebulat suara, mereka memutuskan bahawa seksyen 30 (3)(a) Akta SPRM tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi SPRM menyoal siasat saksi.

Bulan lalu, Mahkamah Tinggi melarangkan SPRM menyoalsiasat saksi selepas waktu pejabat.

Hakim Datuk Mohammad Ariff Md Yusof - ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Tan - memutuskan bahawa Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberi kuasa pada SPRM untuk berbuat demikian.

Tan, 39, menyaman ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, penolong penguasa SPRM Mohammad Hassan Zulkifli dan SPRM, kerana mendakwa penahanan dan soalsiasat ke atasnya selamam 16 jam oleh SPRM adalah melanggar undang-undang.

Sementara itu, Karpal berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Menurutnya, keputusan Mahkamah Rayuan itu memberi kesan yang serius kerana ia bermakna SPRM "boleh mengheret sesiapa sahaja pada tengah malam untuk mendapatkan keterangan mereka".

Sepatutnya, kata beliau, saksi seharusnya dalam keadaan segar ketika mereka disoalsiasat dan tidak disoalsiasat hingga lewat malam.

[Baca berita penuh]