Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang
mk-logo
Berita
'Saya berkerusi roda, tapi parti saya berdiri teguh'

Pengerusi DAP Karpal Singh yang kini berkerusi roda selepas mengalami  kemalangan jalan raya, berkata walaupun beliau tidak berupaya, tetapi partinya tetap berdiri kukuh.

"Saya mungkin duduk, tetapi ahli-ahli bersatu menyokong saya," kata peguam dan ahli politik veteran itu, disambut tepukan gemuruh para perwakilan di konvensyen nasional DAP di Ipoh hari ini.

Karpal merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.

Ketika berdebat sewaktu permohonan untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhasap seorang pegawai SPRM dalam inkues Teoh Beng Hock, Abdul Razak dilaporkan berkata: "Saya boleh duduk, tetapi Karpal tidak boleh berdiri".

Ekoran 'perang mulut' dan percubaan untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap peguam SPRM itu, Abdul Razak menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

dap agm ipoh 170109 karpal singh Dalam ucapannya itu, Karpal juga menimbulkan kemungkinan Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu 'Allah' sepertimana dalam kes rampasan kuasa di Perak.

Jika itu berlaku, katanya, kes tersebut kemudiannya akan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk satu keputusan muktamad.

Merujuk kepada kes Perak, Karpal berkata menteri besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang di mahkamah tinggi tetapi keputusannya ditolak oleh mahkamah rayuan.

"Ini bukan menghina mahkamah kerana kita mempunyai hak untuk mengkritik pihak penghakiman dalam keputusan mereka," jelasnya kepada Malaysiakini ketika waktu jamuan.

Beliau juga berkata rakyat tidak boleh membuat keputusan sendiri dan beremosi tetapi menyerahkan kepada Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan perkara tersebut.

Selain itu, beliau juga memberitahu para perwakilan bahawa tugas segera mereka ialah untuk memastikan pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak disabit dan dipenjarakan berhubung kes liwat terhadapnya.

Karpal juga menyentuh'percubaan kerajaan BN' untuk menganggu, mengugut dan mengheret setiausaha agung DAP, yang juga ketua negeri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ke mahkamah berhubung kenyataannya bahawa Teoh telah dibunuh.

[Baca berita penuh]